Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Myth: Wukong Tambah “Challenge Mode” & Ciri Menarik Dalam Update Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 11, 2024
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam
0 0
0
Black Myth: Wukong Tambah “Challenge Mode” & Ciri Menarik Dalam Update Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Update terbaru untuk Black Myth: Wukong kini telah dilancarkan, yang merangkumi pembaikan pepijat, penambahbaikan gameplay, dan kandungan baharu untuk menarik kembali peminat serta mencabar pemain yang paling berpengalaman.

Update 1.0.12.16581 memperkenalkan pelbagai ciri baharu, termasuk Challenge Mode yang dinanti-nantikan, peralatan baharu, dan sistem peta yang menambah fungsi.

Challenge Mode

Kredit: Game Science

Ciri utama update ini adalah penambahan Challenge Mode, yang boleh diakses di mana-mana Keeper’s Shrine dalam game. Mod ini dibahagikan kepada dua kategori:

  • Return of Rivals: Pemain boleh kembali bertarung dengan bos yang telah dikalahkan sebelum ini, dengan tiga tahap kesukaran untuk menguji kemahiran mereka.
  • Gauntlet of Legends: Pilihan yang lebih mencabar, mod ini menguji pemain dengan menghadapi pelbagai bos secara berturut-turut, dengan kesukaran yang boleh disesuaikan melalui “sumpahan” yang menambah cabaran baharu.

Pemain berpengalaman dalam Black Myth: Wukong akan menemui cabaran mencukupi untuk menguji kecekapan mereka. Beberapa bos dalam Gauntlet of Legends juga telah ditambah dengan serangan baharu, memastikan walaupun pemain yang berpengalaman menghadapi cabaran segar.

Kredit: Game Science

Mereka yang berjaya menakluk bos-bos dalam Gauntlet of Legends akan memperoleh ganjaran dan item unik, termasuk:

  • Perubatan: Glimmering Scale Pellets dan formula pembuatannya.
  • Minuman dan Soak: Item seperti Sour Wine, Frost-Enduring Chrysanth, dan Robust Antler.
  • Curios: Artifak rare seperti Stone Tiger Tally, Ever-Burning Palace Lantern, dan Fragment of the Ocean-Settling Pillar.
  • Peralatan dan Senjata: Penambahan baharu seperti Three Hill Crown, Qing Mallet, Fanged Cyan Staff, dan Leeching Centipede Staff.

Selain itu, pemain boleh menuntut Armor Set of Opulence di mana-mana Keeper’s Shrine, memberikan lebih banyak pilihan untuk penyesuaian watak.

Journeyer’s Chart

Kredit: Game Science

Update Black Myth: Wukong ini turut memperkenalkan Journeyer’s Chart, ciri inovatif yang membolehkan pemain menangkap dan mengatur landskap menjadi peta untuk panduan. Ciri ini akan dibuka selepas pemain bertemu dengan Keeper di Black Wind Mountain.

Setiap kali pemain memasuki wilayah baharu, mereka boleh membeli peta Journeyer’s Chart yang sesuai di Keeper’s Shrine.


Bagi mereka yang berminat, Black Myth: Wukong kini tersedia untuk PlayStation 5 dan PC (Steam, Epic Games Store). Baca lebih lanjut tentang update ini di laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: Wukong
ShareTweetSend
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League Berakhir Dengan Update Besar Terakhir

Next Post

Reviu Marvel vs. Capcom Fighting Collection: Arcade Classics – Nostalgia Bertemu Arena Moden!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
Reviu Marvel vs. Capcom Fighting Collection: Arcade Classics – Nostalgia Bertemu Arena Moden!

Reviu Marvel vs. Capcom Fighting Collection: Arcade Classics - Nostalgia Bertemu Arena Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd