Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Bukan Manusia, Bukan Devil! Asta Sebenarnya Lahir Tanpa Bapa Kandung

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Black Clover – Bukan Manusia, Bukan Devil! Asta Sebenarnya Lahir Tanpa Bapa Kandung
Share on FacebookShare on Twitter

Bertahun-tahun kita berteka-teki tentang identiti bapa Asta dalam Black Clover, tetapi sekarang anda boleh melupakan segala teori peminat.

Dengan pelancaran guidebook terakhir Black Clover, Yuki Tabata selaku pencipta akhirnya menjawab misteri yang sekian lama menjadi tanda tanya. Rupa-rupanya, Asta memang langsung tiada bapa kandung!

Official Guidebook: The Great Mystery, "Who Is Asta's Father?".#BlackClover #Asta #BCGuidebook pic.twitter.com/CE5qi6AH4j

— SUMIRE KAKEI LOVERS (@Violet_Konoha) August 4, 2026

Sebelum ini, ramai peminat membuat spekulasi sama ada bapa Asta seorang ahli sihir yang handal, lelaki tidak bertanggungjawab yang meninggalkan isterinya, atau mungkin seekor devil dari underworld.

Namun, Tabata menjelaskan kenapa semua teori itu langsung tak masuk akal mengikut logik jalan cerita. Licita (ibu Asta) mempunyai nasib tragis di mana tubuhnya menyerap sihir dan nyawa sesiapa sahaja di sekelilingnya secara automatik… sama ada manusia mahupun devil. Disebabkan kuasa ini, tiada mana-mana lelaki atau devil yang mampu bertahan hidup berdekatan dengannya untuk menjadi seorang bapa.

Setelah semua kemungkinan itu ditolak, guidebook berkenaan menjelaskan bahawa Licita sebenarnya mengandungkan Asta secara bersendirian, sama ada melalui “tindakan dewa atau perbuatan devil.”

Sebelum ini dalam Chapter 268, kita dimaklumkan bahawa Licita terpaksa meninggalkan bayinya (Asta) di gereja Hage Village demi mengelakkan anak itu daripada menjadi mangsa kuasanya. Semasa hamil, tubuh Licita telah menyerap seluruh mana Asta, lantas menjadi punca utama kenapa Asta dilahirkan tanpa sebarang kuasa magik. Apa yang menakjubkan, Asta masih bertahan hidup di dalam kandungan, lantas membuatkan kelahirannya sebagai “keajaiban luar biasa”.

Asal usul ini sebenarnya sangat berkait rapat dengan perjalanan hidup Asta. Dilahirkan tanpa seitik pun kuasa sihir dalam dunia yang mengagungkan kebolehan itu, Asta sentiasa dipandang rendah. Namun, kekurangan itulah yang menjadi kekuatan untuk dia menggunakan Anti-Magic.

Memandangkan Licita mengandung tanpa perlukan seorang lelaki, Tabata seolah mengukuhkan peranan Asta sebagai “anak takdir” yang dilahirkan demi menyelamatkan dunia.

Apa-apapun, bagi peminat yang setia mengikuti perjalanan Asta, pendedahan ini sekurang-kurangnya memberi jawapan kepada salah satu misteri terbesar dalam Black Clover.

Tags: Black Clover
ShareTweetSend
Previous Post

Pembangunan Phantom Blade Zero Sudah Selesai; Pre-Order Akan Dibuka 12 Ogos 2026

Next Post

“PS5 Masih Jauh Lebih Murah Daripada PC Gaming,” Menurut Sony

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
“PS5 Masih Jauh Lebih Murah Daripada PC Gaming,” Menurut Sony

"PS5 Masih Jauh Lebih Murah Daripada PC Gaming," Menurut Sony

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd