Pelakon Bill Skarsgård disahkan memegang watak utama dalam PHYSINT, sebuah game action-espionage yang amat dinantikan daripada Hideo Kojima.
Pengumuman tersebut didedahkan semasa Xbox Tokyo Game Show 2026, bersama sebuah poster baharu yang menampilkan Skarsgård dengan Charlee Fraser di bawah slogan: “The Next Cold War Begins.”
Cukup dikenali menerusi wataknya sebagai badut Pennywise dalam filem IT dan Marquis dalam John Wick: Chapter 4, Skarsgård akan menyumbangkan suara, rupa paras 3D, serta rakaman aksi penuh untuk watak utama game tersebut yang masih belum didedahkan namanya.
Beliau menyertai barisan pelakon antarabangsa yang telah dikumpulkan oleh Kojima Productions sepanjang tahun lalu:
- Charlee Fraser
- Don Lee (Ma Dong-seok)
- Minami Hamabe
Rakan kolaborasi lama Yoji Shinkawa (artis legenda yang menghasilkan visual ikonik siri Metal Gear Solid) turut disahkan mengetuai rekaan watak. Kojima turut menyatakan bahawa ada beberapa lagi pelakon yang bakal diumumkan nanti.
Kojima secara terbuka menyifatkan PHYSINT sebagai “kemuncak” kepada 40 tahun kerjayanya, dengan misi menghasilkan sebuah karya yang mengaburkan sempadan antara game interaktif dan filem berbelanja besar.
Asalnya diumumkan pada awal 2024 sebagai projek bersama PlayStation, projek ini mengalami perubahan besar apabila Sony menarik diri akibat kekangan jadual dan peralihan bajet. Microsoft kemudian mengambil alih hak penerbitan dengan Xbox Game Studios.
Siaran langsung Tokyo Game Show juga menampilkan sedikit perkembangan projek besar Kojima yang lain, iaitu game psychological horror, OD (nama tentatif: OD – KNOCK). Sesi tersebut memaparkan rakaman di sebalik tabir sesi motion-capture bersama Sophia Lillis dan Hunter Schafer (Euphoria)
Setakat ini, Kojima Productions dan Xbox masih belum mengumumkan tarikh pelancaran rasmi mahupun platform khusus sama ada untuk PHYSINT atau OD.




![[TGS2026] Previu Persona 4 Revival – Lepak, Belajar, Atau Masuk TV](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/PERSONA-4-REVIVAL_PREVIU_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post