Lost Light adalah sebuah permainan mudah alih akan datang dengan perang, kemajuan, dan persaingan yang dikembangkan oleh NetEase Games, telah diumumkan bahawa ia akan melancarkan pelancaran lembut di Australia dan New Zealand dahulu pada 28 April 2021. Jadi sempena pelancaran ini, kami berkesempatan untuk temu ramah eksklusif LOST LIGHT bersama pasukan pembangunan permainan ini iaitu NetEase secara dalam talian.
Di Lost Light, pemain akan menjadi sebahagian dari tugas “Firefly” paksa dan masuk ke zon lockdown. Menyelinap untuk mencari jalan, mencari bekalan, loot peralatan musuh, membina dan menguruskan tempat perlindungan anda dan banyak lagi … Adakah anda bersedia menghadapi cabaran bertahan?
Dengan pelancaran lembut di Australia dan New Zealand, itu bukan bermaksud ianya tidak akan hadir secara Global. Memang itu antara rancangan pembangun cuma mengikuti peringkat seperti selepas ini di United Kingdom dan Germany pada hujung bulan Jun dan seterusnya.
Ganjaran pelancaran adalah sebahagian daripada rancangan NetEase dan akan ditambahkan selari dengan pelepasan di lebih banyak wilayah di seluruh dunia. Semua orang digalakkan untuk membuat pra-pendaftaran di laman web rasmi permainan supaya mereka dapat menikmati semua ganjaran pelancaran permainan kelak. Anda boleh tekan pautan di sini untuk pra-daftar permainan.
Pasukan ini turut mengongsikan mengenai watak dalam permainan dimana pemain bertindak sebagai anggota “Firefly Squad” dalam permainan. Tidak akan ada perbezaan dalam “watak”. Walau bagaimanapun, pemain menikmati kebebasan dari segi penyesuaian watak, termasuk warna kulit, gaya rambut, jantina, dan lain-lain, yang membolehkan mereka menyesuaikan penampilan mereka sesuka hati. Terdapat juga rancangan untuk melancarkan Sistem Fesyen di masa depan, yang membolehkan pemain memilih pakaian yang berbeza untuk watak mereka.
Jika dilihat dari sebelah mata, permainan Lost Light nampak seperti permainan Badlanders. Seperti pengenalannya di NetEase Connect 2021 bulan lalu, ianya lebih kepada pengalaman survival-shooter untuk mencapai kemenangan. Lagi satu, walaupun pembangun yang sama, kedua permainan ini dihasilkan oleh dua pasukan yang berbeza.
Diteruskan lagi dalam pertanyaan mengenai keseimbangan ekonomi bagi pemain. “Ekonomi permainan yang ada sebahagian besarnya sesuai dengan jangkaan kita.-NetEase” Atas dasar untuk memastikan tahap kebebasan ekonomi yang tinggi bagi pemain, -diteruskan lagi, “kami akan melakukan penyesuaian yang sesuai, serta memantau kelainan dengan memperhatikan nilai barang dalam setiap pertandingan setiap saat, dan kemudian bertindak tepat pada masanya untuk memulihkan keseimbangan. Di samping itu, kami akan secara berkala menyesuaikan peruntukan sumber serta mendapatkan dan penggunaan sumber. Ini membantu memastikan pengalaman yang lebih baik untuk pemain dari pelbagai peringkat.”
Kini, banyak permainan yang dapat di log masuk beberapa akaun. Buat masa ini, operasi berbilang akaun memberikan kelebihan tertentu, seperti ketika menuntut faedah acara. Mematuhi prinsip bahawa usaha pemain harus sebanding dengan keuntungan mereka, NetEase akan menetapkan beberapa peraturan untuk menyekat perilaku tersebut. “Sebagai contoh, kami akan mengurangkan kadar akses ke faedah, atau faedah ini terikat pada akaun permainan tertentu.”
Sampai di sini beberapa perkongsian dari temu ramah eksklusif LOST LIGHT. Ingat permainan ini akan melancarkan pelancaran lembut mengikut negara. Jadi kita di Asia Tenggara harus menanti sedikit unutk pelancarannya. Untuk ikuti segala perkembangan permainan ini, jangan lupa ke laman web rasmi Lost Light, Facebook dan Discord.
@gamersantaimy
Discussion about this post