Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bermain bersama rakan anda dengan permainan seram terbaru MAN OF MEDAN!

Kami dapat cuba permainan ini, ini tanggapan pertama kami!

Nyny.A by Nyny.A
August 29, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, Xbox One
0 0
0
Bermain bersama rakan anda dengan permainan seram terbaru MAN OF MEDAN!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka kami sendiri berpeluang untuk bermain sebuah permainan yang tengah menjadi top games di laman You Tube iaitu Man of Medan! Jadi hari ini kami akan berkongsikan sedikit~ Sedikit sahaja tangapan pertama kami bermain permainan ini sebelum hari pelancaranya esok 30 Ogos 2019! Permainan yang dikeluarkan oleh Bandai Namco Entertainment ini adalah hasil dari pasukan produksi permainan Until Dawn iaitu Supermassive Games.  Ianya akan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan juga PC.

Jadi sebelum kita mulakan awal pengembaraan kami didalam Man of Medan, saksikan treler nya dahulu;

Jom kami mulakan dengan pengenalan permainan. Man of Medan mengisahkan penceritaan 5 rakan dimana mereka bercuti dengan trip menyelam. Mereka telah pergi ke satu kawasan terlarang, dan menyelam disitu sehingga satu kejadian buruk terjadi selepas ribut melanda, percutian mereka menjadi bencana! Permainan ini menempatkan pemain kedalam sebuah kapal hantu dan disitulah bermula pengembaraan kami~

Yang menariknya permainan ini membenarkan kami bermain sehingga 5 pemain dan boleh bermain sebagai kelima-lima watak dalam permainan ini. Tetapi bukan seperti Until Dawn, semua watak yang boleh dimanipulasikan boleh bertahan atau mati dan setiap keputusan yang dibuat oleh pemain akan memutuskan jalan cerita dan nasib mereka. Apa yang akan anda lakukan untuk terus hidup? Siapa yang anda akan selamatkan?

Senang cerita, jika anda pernah bermain Until Dawn, anda pasti sangat selesa dengan jalan permainan Man of Medan. Dan terdapat tetapan QTE dalam permainan ini, anda mesti membuat pilihan dan menyelesaikan keperluan dalam masa tertentu, seperti membuat serangan dan mengelak. Di samping itu, butiran permainan memang nampak realistik terutama bahagian rupa mereka, butiran tempat kejadian juga sama, ternyata Supermassive bayak menghabiskan masa untuk kesemua ini!

Man of Medan dikategorikan kepada tiga mod permainan iaitu pemain tunggal, penceritaan dan perkongsian cerita. Mod pemain tunggal seperti biasa untuk perjalanan sendiri; versi penceritaan boleh bermain sehinga 5 orang; kemudian perkongsian cerita yang membenarkan 2 orang untuk bermain , jadi pemain boleh membuat pilihan mengikut keperluan mereka.

Memang seronok lah jika bermain bersama rakan-rakan anda di hujung minggu, tidak lah anda rasa seriau jika bermain seorang diri. Seperti Until Dawn, Man of Medan sedikit lebih kurang dengan masalah penyelarasan. Kawalan juga agak sedikit sukar. Tetapi kita patut memuji pasukan Man of Medan kerana berjaya melakukan kerja yang lebih sempurna dari Until Dawn.

Dalam Man of Medan kami boleh melihat status perubahan setiap watak selepas memilih sesuatu jalan penceritaan. Anda akan dapat menyemak tindakan dan kesannya dan juga perwatakan anda. Jalan cerita sepenuhnya akan dikongsikan kemudian. Senang cerita, banyak pemilihan yang disediakan untuk teruskan penceritaan.

Jadi apa lagi sebenarnya terjadi di dalam kapal berhantu tersebut? Nantikan kemaskini kami mengenai permainan Man of Medan ini! Anda boleh dapatkan permainan ini di PlayStation Store berharga RM119.00 sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai Namco EntertaimentHorror gamesMan od MedanPandangan PertamaSupermassive Games
Previous Post

Pengumuman Besar untuk judul baru Resident Evil “Project Resistance” pada 9 September 2019!

Next Post

Teruskan Memburu dengan Sempurna! Capcom menyiarkan treler terbaru Monster Hunter World: Iceborne!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Teruskan Memburu dengan Sempurna! Capcom menyiarkan treler terbaru Monster Hunter World: Iceborne!

Teruskan Memburu dengan Sempurna! Capcom menyiarkan treler terbaru Monster Hunter World: Iceborne!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd