Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Berinspirasi dengan kerusi racing, dilengkapi Lumbar System, ini dia review RAZER ISKUR!

Nyny.A by Nyny.A
October 11, 2020
in Artikel, Berita, Perabot, Produk, Review, Review Produk
0 0
0
Berinspirasi dengan kerusi racing, dilengkapi Lumbar System, ini dia review RAZER ISKUR!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Razer telah menghantar produk terbaru mereka kepada kami yang lain dari yang lain untuk di review! Ya, bukan headphone, bukan tetikus dan bukan juga keyboard! Sebaliknya sebuah kotak besar datang ke lokasi kami, keluarkan, dan pasangkan, maka memperkenalkan RAZER ISKUR terbaru – sebuah kerusi gaming yang berinpisrasikan dengan kerusi lumba!

Ciri-ciri utama

Pemain akan mendapat ciri-ciri kesihatan terjaga terutama dari postur tulang badan kita dengan sistem Lumbar yang tersedia di Razer Iskur ini. Razer berjaya untuk menjadikan penyelesaian yang ada berfungsi dengan berusaha mendapatkan sokongan belakang yang betul. Untuk gamers, sudah tentu anda layak untuk mendapat yang lebih baik terutama kesihatan postur badan dan tulang belakang yang betul dan tidak berlebihan.

Sokongan yang betul. Formasi Gaming Maksimum

  • Keboleh ulangan Tinggi – Untukprestasi gaming yang konsisten
  • Disediakan untuk Kelincahan Maksimum – Untuk jangkauan yang optimum dan responsif
  • Prestasi Puncak Lebih Panjang – Meminimumkan kesakitan dan ketegangan

Reka bentuk Luaran 

Anda dah tahu dengan ciri utama Razer ISKUR ini kan, jadi dengan reka bentuk luaran ISKUR, yang pertama menyerlah adalah signatur asli Razer iaitu logo mereka yang berwarna hijau di bahagian tengah depan kerusi dan belakang kerusi. Di bahagian tempat duduk terdapat slogan “FOR GAMERS, BY GAMERS”. 

Tiada sebarang lampu RGB seperti produk Razer yang lain/ Keseluruhan berwarna hitam likat dengan kulit sintetik berlapis serta ada garisan corak seperti ular kobra yang nampak keganasan ISKUR di situ. Penyesuaian sistem Lumbar tersedia untuk konsep asal kerusi ini, jadi kesemua ketinggian, perubahan had untuk sandar belakang, sandaran tangan kesemuanya dapat disuaikan.

Apa pula sebenarnya Sistem Lumbar ini?

Lumbar secara adjektif adalah kata sifat yang bermaksud atau berkaitan dengan bahagian belakang tubuh, antara diafragma dan sakrum. Jadi sistem Lumbar yang tersedia pada kerusi gaming ini yang utamanya adalah untuk sokongan tulang belakang saraf tunjang pengguna dengan kedudukan tulang belakang yang neutral. Seperti yang anda tahu, kebanyakkan kerusi gaming lain hanya menggunakan kusyen biasa untuk keselesaan, ISKUR pula dibina dengan Lumbar yang sokongan disesuaikan secara minimul.

Yang menarik ISKUR ini, sistem sokongan lumbarnya adalah pilihan kita sendiri, itu bermaksud pengguna dapat menyesuaikan keselesaan sepenuhnya oleh mereka sendiri. Ia boleh menegak hingga 26 darjah untuk memastikan pengguna memiliki postur yang optimum semasa bermain game. Tetapi mengikut keselesaan sendiri, bagi kami apabila terlalu menegak, fitur ini seperti tidak berguna, jadi kebelakangkan sedikit untuk keselesaan belakang badan kami. Dengan sistem teknologi tinggi, sudah tentu setiap orang ada keselesaan sendiri untuk disuaikan terutama pada kerusi gaming bersistem Lumbar ini.

Selain belakang yang selesa, tangan kita pun kena selesa juga

4D ARMTESTS tersedia pada ISKUR untuk untuk kedudukan yang dapat disesuaikan sepenuhnya. Bahagian tempat letak tangan boleh bergerak antara kehadapan, keatas, ke kiri kanan dan kebelakang. Pemain dapat menyesuaikan diri pada kedudukan yang sesuai semasa bermain game. Pergelangan tangan dan lengan bawah diletakkan untuk tindak balas tangkas. Fungsi ini sangat berguna kerana kami dapat mengatur ketinggian kami sendiri semasa bermain permainan dan tidak akan merasa sakit atau ketidak selesaan penggerakan tangan.

Kusyen memori foam untuk kepala pun tersedia 

Kusyen ini sememangnya kontur dinamik kepada kepala pengguna. Berbanding dengan kerusi gaming lain, pengguna akan menjadi lebih selesa dengan kusyen ini. Selain itu postur anda membuat bahagian pandangan penglihatan di optimumkan. Jadi jika betul kan postur badan tu, penglihatan turut menjadi maksimum.

Walaupun bagi kami ada yang pendek pula, terasa kusyen ada sedikit lebih tinggi, terutama jika kebelakangkan kerusi ini, jadi kami harus cabutnya dan letak terus ke leher, memang baring sambil merasakan keselesaannya~ Kusyen busa berketumpatan tinggi memberi pengguna keseimbangan sokongan dan keselesaan yang sempurna
Bandingkan dengan kerusi permainan lain, reka bentuknya agak lebar dan yang ini, memang kami setuju kerana ianya sangat selesa.

Dengan kulit sintetik memang agak selesa, tetapi~

Okay, bagi material kain yang digunakan pada ISKUR ini adalah kulit sintetik atau “Synthetic Leather”, dengan kulit sitetik ini kerusi ini boleh tahan pada kehausan penggunaan dan lusuhan yang lebih lama dan ini telah dijalankan ujian di bawah ujian lekatan lapisan dari Razer.

Tetapi, memang ketahanannya hebat, cuma jika anda duduk di bilik yang tidak berhawa dingin dan hanya mengharapkan kipas, memang akan terasa cepat berpeluh dan belakang badan agak kebasahan dengan peluh. Tapi kalau bilik gaming sejuk, tiada masalah lah, memang selesa!

Roda gerak lancar, ejas kerusi mengikut keselesaan

Selalu sangat dapat kerusi gaming yang rodanya sering tersangkut atau cepat patah kan? Jangan risau ISKUR mempunyai penggerakkan roda yang sangat lancar! Bosan-bosan nak main race kerusi gaming pun boleh!

Untuk perubahan sudut, kerusi ini tidak lah boleh dibaringkan sehingga 180 darjah, tetapi boleh sesuaikan sampai 135 darhad dan memang menepati keselesaan untuk kita merehatkan pinggang kita.

Maka kesimpulannya~

Okay nak pasang kerusi ni kalau buat seorang diri memang barai~ So kenalh sekurang-kurangnya dua orang untuk memasangnya dan mengambil masa dalam 30 minit. Berat untuk duduk di ISKUR dalam lingkungan 136kg dan ketinggiannya adalah dalam 190cm.

Apa yang bagusnya untuk Razer ISKUR ini yang pertama tempat duduk lebih luas berbanding kerusi permainan yang lain. Kedua reka bentuk untuk penggunaan jangka panjang dengan sistem Lumbar yang sememangnya harus dipuji. Ketiga kusyen Memory sangat selesa apabila diletakkan di belakang leher dan yang terakhir penggerakan roda sangat lancar!

Manakala untuk keburukkannya pula, jika suhu bilik anda panas, maka mungkin anda akan berasa cepat berpeluh duduk di kerusi ini, lagi satu, kalau pengguna yang pendek mungkin terasa ketot je bila dalam posisi baring tu~ Jadi bagi kami, jika anda ada bilik yang ada aircond, memang memuaskan perfect lah senang untuk mendapatkan kerusi ini. Jadi pada anda yang ingin membeli Razer ISKUR, anda boleh dapatkannya di pembelian dalam talian melalui Razer.com dengan berharga RM2,299.00 sahaja dan ketahui selanjutnya di sini! Sampai sini saja gais!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: razerRAZER ISKURRAZER ISKUR Review
Previous Post

Sackboy: A Big Adventure akan dilancarkan di PS4 12 November 2020 ini!

Next Post

Yang Pertama oleh Razer, memperkenalkan kerusi gaming Razer ISKUR terbaru berharga RM2,299!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Yang Pertama oleh Razer, memperkenalkan kerusi gaming Razer ISKUR terbaru berharga RM2,299!

Yang Pertama oleh Razer, memperkenalkan kerusi gaming Razer ISKUR terbaru berharga RM2,299!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd