World War Z baru sahaja dilancarkan semalam, tetapi hari pertama berada pasaran, ianya tidak berjalan lancar seperti yang dirancang. Pemain telah melaporkan banyak masalah seperti beberapa percubaan gagal untuk masuk ke server permainan dan masalah semasa bermain dalam game yang mengaggu progress pemain. Terdapat juga pertemuan bugs dalam game tersebut.
For select PC players crashing at launch, other crashing issues for all players, and all players who aren't able to play with their friends because of different regions, we will be fixing these issues via hotfix, and will let you know as soon as we have an ETA.
— World War Z: Aftermath (@wwzthegame) April 16, 2019
Isu terbesar pada pelancaran game ini adalah kekurangan server untuk pemain masuk, yang bermaksud permainan ini hanya boleh dimainkan dalam keadaan offline. Untuk tajuk-tajuk besar seperti ini yang menumpukan kepada server online, ini jelas merupakan isu utama. Mungkin masalah yang paling ketara adalah untuk versi PC, yang mana kebanyakan pemain melaporkan permainan mereka crash ke desktop sebelum boleh tiba di skrin menu utama.

Kemas kini terbaru dari Twitter World War Z menyatakan yang mereka sedar akan isu server tersebut dan berjanji bahawa pasukan Saber sedang berusaha untuk memperbaiki isu-isu ini secepat yang mungkin supaya permainan ini dapat dimainkan semula secara online. Mereka meminta semua pemain untuk bersabar sambil mereka cuba untuk selesaikan masalah tersebut. Masa akan memberitahu sama ada permainan ini akan berfungsi sepenuhnya selepas penambahbaikan itu dilakukan. Harap mereka dapat selesaikan isu ini secepatnya sebab pemain memang sukakan game aksi zombie ini, jangan sampai mereka sudang hilang minat ye tak?
Sumber: Push Square
@gamersantaimy
Discussion about this post