Apex Legends telah mengambil dunia gaming dengan pantas dan hebat apabila dalam masa seminggu keluarannya, sebanyak 25 juta pemain telah direkodkan. Game battle royale ini baru sebulan keluar dan masih lagi memerlukan banyak penambahbaikan yang perlu dibuat, terutamanya apabila ramai pemain yang membuat aduan tentang kewujudan hackers yang menyebabkan pengalaman bermain mereka semakin pudar. Namun demikian, terdapat beberapa organisasi esports yang memberanikan diri untuk mencuba nasib dalam Apex Legends dengan membuat persiapan mewakilkan pro player masing-masing.
Proud to officially announce our new @PlayApex team @silkthread @Grimreality and @dummyolson
The squad will be joining us at the LA HQ later this month
Welcome to the #geng family pic.twitter.com/eB6l5qLX88
— Gen.G Esports (@GenG) March 1, 2019
Antara organisasi yang masuk ke dalam game ini adalah Sentinels, iaitu organisasi yang memiliki francais Liga Overwatch Los Angeles Gladiators, dan Gen.G. Gen.G mempunyai pasukan pro untuk Overwatch iaitu Seoul Dynasty, League of Legends, skuad Fortnite, serta game Player Unknown Battlegrounds (PUBG). Mereka kini mencuba nasib dengan menembus esports dan berkata bahawa kejayaan mereka boleh dibawa ke Apex Legends, sebuah game yang belum diuji dan belum terbukti kebolehannaya, namun penuh dengan potensi.
:format(webp):no_upscale()/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/13752661/Te9uKHX.png)
Mencari pemain pro untuk Apex Legends ini sebenarnya agak susah. Masih belum ada competitive ladder, replay atau pun sebarang peraturan untuk tournament. Ini bermaksud Apex Legends sebenarnya adalah hanya satu “gamble”, di mana, kemampuan pemain hanya boleh dilihat ketika mereka bermain game tersebut. Tiada liga, francais dan infrastruktur yang dibuat sekitar permainan itu. Apa yang ada dalam scenes esports Apex Legends ialah pemain biasa atau streamer yang bermain tournament berpusat dan hanya berlaku dalam beberapa jam dan hari. Dari segi penonton pula, mereka lebih melihat streamer kegemaran, ini bermaksud pembangunan esports untuk Apex Legends memerlukan lebih masa lagi untuk menarik peminat-peminat dalam organisasi.

Walaupun Apex Legends ini masih belum bersedia sepenuhnya, kita letakkan dulu ketidakpastian ini ke tepi. Game ini sebenarnya berpotensi memasuki persekitaran esports. Kejayaan game battle royale lain seperti PUBG dan Fortnite membuka mata semua pihak menyaksikan bagaimana game seperti ini boleh menempa nama di hati pemain dan peminat. Dengan demikian, dalam mencapai hasrat ini, Respawn perlu pastikan ciri-ciri seperti ini ada di dalam game: custom games, mod untuk praktis, sistem anti-cheat dan juga sistem ranking. Mungkin ia akan mengambil masa, tetapi pada masa akan datang, harap-harap Apex Legends buat liganya tersendiri!
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post