Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan: Cara kematian paling sedih dan kejam dalam siri!

Maira by Maira
May 11, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Attack on Titan: Cara kematian paling sedih dan kejam dalam siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya peminat anime semua sudah tahu yang Attack on Titan sememangnya satu penceritaan yang penuh darah. Tetapi itulah antara perkara yang menarik perhatian penonton untuk menonton anime ini selain daripada kualiti animasi yang hebat. Siri ini memaparkan banyak kematian yang tragik dan menyedihkan. Jom, kami senaraikan beberapa cara kematian yang paling sedih atau brutal dalam AOT.

Attack on Titan

Kena sumpah menjadi Titan

Bayangkan anda sedap minum air, tahu-tahu dalam air itu ada “spinal fluid” milik Zeke. Tiba-tiba kita disumpah menjadi titan. Ramai juga tentera yang bertukar menjadi titan secara tidak sengaja disebabkan perbuatan Zeke ini. Apabila menjadi titan, semua tentera ini tidak mampu mengawal minda mereka sendiri dan menjadi liar. Kalau bertemu dengan “survey corps”, tahu-tahu sahajalah apa yang jadi nanti.

Attack on Titan

Dimakan oleh anjing hidup-hidup

Dalam Attack on Titan memang banyak menunjukkan keganasan dahsyat kepada banyak watak. Kadang-kadang tiada rasa empati pada orang lain juga boleh menyebabkan masalah kepada watak dalam cerita. Contohnya Faye, adik kepada Grisha Yeager yang telah dimakan oleh anjing hidup-hidup oleh tentera Marley. Mereka juga hanya sekadar melihat kejadian itu terjadi. Lebih menyedihkan lagi, Faye masih lagi kanak-kanak.

Diserang oleh Thunder Spear

Kebanyakan titan kadang-kadang susah juga untuk dibunuh jika dilihat pada awal siri. Tetapi kita telah diperkenalkan dengan satu alat hebat yang membolehkan mereka membunuh titan iaitu “3D Maneuver Gear”. Selepas itu, senjata yang lebih canggih untuk membantu mengalahkan titan juga diperkenalkan iaitu Thunder Spear. Ia sebenarnya senjata yang direka untuk mengalahkan Armored titan kerana damage-nya yang tinggi. Tetapi ia juga akan meninggalkan kesan kepada penggunanya. Levi pernah terkena dengan Thunder spear ini semasa soal siasat Zeke. Tetapi disebabkan Levi seorang Ackerman, jadi dia tidak terbunuh kerana mempunyai kekuatan yang sama dengan titan.

Attack on Titan

Kena makan oleh Titan

Episod 1 sahaja kita sudah lihat ramai juga mangsa yang dimakan oleh titan. Lebih mengerikan lagi, apabila manusia dilihat seperti snek kepada titan yang menyerang bandar. Kadang-kadang, ada juga mangsa yang diseksa dahulu sebelum dimakan oleh titan.

Menjadi mangsa Rumbling

Selepas mendapatkan kuasa Founding Titan, Eren telah memulakan “Rumbling”, di mana semua titan di dalam dinding telah dilepaskan dan menyuruh mereka untuk memusnahkan dunia tersebut. Eren hanya ingin membebaskan dunia itu daripada terus ditindas dengan keganasan. Tetapi perbuatan itu sendiri agak kejam. Mana tidaknya, bayangkan anda kena pijak dengan Colossal titan itu. Tidak boleh bayangkan keadaan badan tadi. Wap panas titan itu juga serta merta boleh membunuh anda.


Ngeri juga cara watak-watak Attack on Titan mati. Cara penyampaian Isayama-sensei memang dahsyat. Kami juga ada menyenaraikan beberapa kematian brutal dalam siri ini. Kalau anda masih belum menonton anime ini, boleh ke Netflix, iQIYI dan beberapa platform rasmi lain untuk menontonnya. Cuba anda bayangkan. Kalau anda kena “isekai” ke dalam dunia Attack on Titan, agaknya bagaimanalah nasib anda?

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Attack on Titan, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on Titan
Previous Post

Perang 1 bintang Mobile Legends dan Wild Rift bermula, peminat tak puas hati

Next Post

Filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan keluar di TGV Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan keluar di TGV Malaysia

Filem Dragon Ball Super: Super Hero rasmi akan keluar di TGV Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd