Hari ini, studio Wildcard telah mendedahkan gameplay pertama untuk ARK: Survival Ascended semasa siaran langsung Xbox Partner Preview, dan mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan game serba baharu ini ke Steam, dan tidak lama lagi untuk Xbox Series X|S dan PlayStation 5.
Sempena itu, anda boleh menonton dahulu gameplay di bawah untuk gambaran umum:
Gameplay umum Ark: Survival Ascended – Cipta Survivor, bentuk kaum sendiri, dan kemudian jinak, melatih, membiak & menunggang dinosaur dalam ekosistem baru. Pantau makanan, air, suhu dan corak cuaca. Perlahan-lahan kembangkan penempatan ke luar dan mula menuai, bina struktur, tanaman ladang, sambil customize setiap reka bentuk visual dan teruskan meneroka untuk mendedahkan rahsia sebenar The Island dan dunia seterusnya.
Daripada segi penambahbaikan berbanding game sebelum, ARK: Survival Ascended ialah remake bagi permainan ARK: Survival Evolved dan memanfaatkan kuasa canggih Unreal Engine 5 untuk peningkatan besar pada visual dan gameplay.
Antaranya termasuk:
Sistem fizik canggih seperti air dinamik supaya setiap makhluk akan mencipta gelombang, percikan dan buih semasa bergerak melalui cecair dan dedaun fizikal interaktif sepenuhnya di mana setiap helai rumput, semak dan pokok bertindak balas terhadap watak, letupan, peluru, dan objek fizik. Pemain boleh tumbangkan sebatang pokok dan lihat ia merempuh pokok lain dan mengganggu dedaun dan rumput di bawah. Pada masa yang sama, pemain boleh runtuhkan bangunan dan lihat kepingan itu pecah secara realistik, berinteraksi dengan rumput dan air semasa ia jatuh.
Bukan itu sahaja, beberap penambahbaikan QOL telah ditambah yang merangkumi User Interface yang direka bentuk semula, navigasi dinamik untuk pencarian makhluk secara pintar, Wild Babies, Photo Mode, sistem Camera baharu, sistem Map baharu, Sistem Tracking , Struktur dan Item baharu, Makhluk baharu dan banyak lagi.
Studio Wildcard juga memilih Overwolf untuk membawa cross-platform modding ke ARK: Survival Ascended melalui platform CurseForge. Buat pertama kalinya, mod yang dibuat pada PC turut dapat dijalankan pada konsol, lantas meluaskan jangkauan modder dengan ketara dan meningkatkan pengalaman gaming untuk pemain di platform yang berbeza. Di sini, pemain dapat memuat turun dan mainkan content yang dibuat oleh pemain, termasuk peta, makhluk, item dan game mode baharu, melalui Mod-browser di dalam permainan!
Untuk aspek multiplayer, game ini menyokong lobi online multiplayer sehingga 70 pemain, sesi private boleh tampung sehingga 8 pemain dan local split-screen boleh tampung untuk 2 hingga 4 pemain. Di samping itu, pemain boleh mencipta “tribe online” merentas semua platform berbeza dan bekerjasama untuk berkembang maju.
Bagi mereka yang berminat, ARK: Survival Ascended tersedia hari ini di Steam dan akan hadir ke Xbox Series X|S dan PlayStation 5 pada bulan November.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post