Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Season 23 – Segala Info Tentang Lifeline Rework, Rift Relics & Raptor’s Claw!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 6, 2024
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends Season 23 – Segala Info Tentang Lifeline Rework, Rift Relics & Raptor’s Claw!
Share on FacebookShare on Twitter

Apex Legends Season 23, yang diberi nama From the Rift, kini telah tiba dan penuh dengan perubahan, kemas kini, dan kandungan baharu yang menarik.

Musim ini memberi tumpuan kembali kepada salah satu watak support original Apex—Lifeline, yang telah diberikan perubahan besar dengan abiliti baharu yang menjadikannya lebih dinamik dan serba boleh sebagai medik tempur. Pemain juga boleh meneroka kuasa kosmik dengan Rift Relic baharu, dan mendapatkan senjata jarak dekat universal baharu, Raptor’s Claw.

Lifeline Serba Baharu

Selepas kejayaan Revenant rework pada Season 18, musim ini memberikan perubahan kepada Lifeline dengan abiliti yang dikemas kini bagi meningkatkan peranannya sebagai support yang berjuang di barisan hadapan. Lifeline kini mempunyai set abiliti yang lebih hebat dengan abiliti Tactical, Passive, dan Ultimate yang diperbaharui.

Kredit: Electronic Arts

Passive: Kebolehan revive ikonik Lifeline masih ada, membolehkannya terus menghidupkan semula rakan sepasukan dalam pertarungan. Namun, kebolehan pasifnya kini mempunyai tambahan baharu—Lifeline boleh berpaut pada dron, DOC, dan meluncur di udara untuk jangka masa pendek. Ini membantunya memposisikan diri dengan pantas, menavigasi kawasan sukar, dan mengikuti rakan sepasukan.

Kredit: Electronic Arts

Tactical: DOC, dron penyembuhan setia Lifeline, telah dinaik taraf. Kini, DOC boleh mengikuti mana-mana rakan sepasukan yang ditugaskan kepadanya dan memberikan penyembuhan kepada semua rakan sepasukan berdekatan. Lifeline boleh menetapkan semula DOC kepada rakan sepasukan lain mengikut keperluan. Jika perlu, dia juga boleh memanggil DOC kembali kepadanya untuk sokongan segera.

Kredit: Electronic Arts

Ultimate: Ultimate baharu Lifeline, DOC’s Halo, menghasilkan perisai berbentuk cincin besar yang melindungi semua orang di dalamnya daripada serangan sambil menyediakan penyembuhan pantas untuk semua pemain—ya, termasuk musuh. Alat ini sesuai untuk mencipta zon selamat sementara pasukannya berkumpul semula, tetapi ia mempunyai satu kelemahan: perisai ini terbuka di bahagian atas, menjadikan semua orang di dalamnya terdedah kepada bom atau serangan dari atas.

Kemas Kini Besar untuk Support Legend

Dalam Apex Legends Season 23, para Support Legend akan menerima kemas kini yang mengukuhkan kebolehan penyembuhan dan revival mereka. Mereka kini mendapat manfaat daripada dua perk baharu, Heal Expert dan Revive Expert.

  • Heal Expert: Dengan Heal Expert, Support Legend tidak lagi perlahan semasa menyembuh, dan ubat kecil yang digunakan akan memulihkan kesihatan dua kali ganda. Abiliti ini mirip dengan abiliti ‘gold armor’ lama, menjadikan mereka lebih mudah bergerak dan tahan lasak.
  • Revive Expert: Kelebihan ini membolehkan Legend jenis Support menghidupkan semula rakan sepasukan 25% lebih pantas, dengan tambahan nyawa jika revive berjaya. Tambahan pula, mobile respawn beacon akan secara automatik muncul dalam kotak mati rakan sepasukan, memberi peluang tambahan untuk menghidupkan semula rakan sepasukan lain secara segera.
Kredit: Electronic Arts

Beberapa Support Legend juga menerima kemas kini individu:

Gibraltar: Masa cooldown untuk dome-nya dikurangkan dari 30 saat kepada 17 saat. Dia juga memperoleh Big Brother, versi lagi luas untuk Ultimate-nya, dan Fast Shottes, peningkatan bagi kebolehan shotgun lamanya.

Conduit: Kebolehan pasifnya kini diaktifkan di sekitar kotak mati rakan sepasukan, respawn beacon, dan crafting station tanpa had jarak, menjadikannya lebih berkesan dalam menghidupkan semula rakan sepasukan.

Newcastle: Mobile Shield miliknya kini tidak boleh dimusnahkan dan boleh dikawal semasa dia ‘down’. Selain itu, Revive Shield telah menerima peningkatan HP sebanyak 50%, menjadikannya lebih kukuh semasa revival.

Memperkenalkan Rift Relic

Kredit: Electronic Arts

Pemain boleh memanfaatkan kuasa rift kosmik yang telah muncul di Outlands. Setiap kali kilat melanda dari rift ini, pemain boleh mengikuti cahaya untuk mencari loot tick khas yang mengandungi Rift Relic—kategori item dan senjata berkuasa baharu dengan lebih daripada 25 item dan senjata unik.

  • Rift Relic: Item-item ini menawarkan kuasa yang lebih tinggi dan abiliti unik, di mana banyak relic memberi penghormatan kepada sejarah Apex Legends dan Titanfall, seperti launcher ikonik EPG-1.
Kredit: Electronic Arts

Update Senjata untuk Musim Ini

Kredit: Electronic Arts

Beberapa senjata menerima peningkatan besar pada musim ini:

  • Havoc: Kini menjadi sebahagian daripada senjata dalam care package dengan kembalinya Select Fire Beam Shot.
  • Longbow: Mendapat buf damage per tembakan.
  • L-Star: Ditingkatkan dengan penambahan damage dan animasi tembakan yang lebih lancar untuk pengendalian yang lebih baik.
  • Sentinel & Rampage: Mekanik charge-up ditingkatkan, membolehkan penggunaan yang lebih lama semasa dicas.
  • Spitfire: Damage ditingkatkan untuk prestasi yang lebih baik.
  • Akimbo P2020: Ketepatan hip-fire ditingkatkan untuk pertarungan jarak dekat yang lebih dipercayai.
  • Devotion: Kembali sebagai loot lantai tanpa Turbocharger, tetapi menerima penambahbaikan asas untuk mengekalkan kekuatannya.

Senjata Melee Universal Baharu: Raptor’s Claw

Kredit: Electronic Arts

Raptor’s Claw, senjata melee universal baharu, diilhamkan oleh karambit, dan menawarkan animasi yang bergaya, terutamanya dengan animasi larian uniknya. Raptor’s Claw amat serba boleh dan menarik untuk semua pemain, dengan animasi pemeriksaan dan serangan istimewa untuk setiap Legend, memberikan cara baharu untuk bertarung secara jarak dekat.


Apex Legends Season 23 akan tersedia pada 6 November! Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends Season 23
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu Life is Strange: Double Exposure – Daripada Konsep Ke Realiti!

Next Post

Nintendo Sahkan Game Switch Boleh Dimainkan di Konsol Generasi Baru/Pengganti Switch

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!
Game Percuma

Borderlands 2 & Deathloop Percuma di Steam & Epic Games – Jimat Lebih RM200!

June 6, 2025
Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?
Panduan

Zenless Zone Zero: Siapa Yang Patut Anda Pull Untuk Update 2.0?

June 6, 2025
Next Post
Nintendo Sahkan Game Switch Boleh Dimainkan di Konsol Generasi Baru/Pengganti Switch

Nintendo Sahkan Game Switch Boleh Dimainkan di Konsol Generasi Baru/Pengganti Switch

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd