Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim – Visual Pertama & Tarikh Keluaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 12, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Anime The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim – Visual Pertama & Tarikh Keluaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Didedahkan semasa Annecy International Animation Film Festival, filem anime The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim telah menampilkan visual pertama dan tarikh tayangan rasmi pada hujung tahun ini.

Kredit: Entertainment Weekly

Sebagai anime pertama dalam francais The Lord of the Rings, filem ini akan diarahkan oleh Kenji Kamiyama, dengan bantuan Peter Jackson dan Fran Walsh yang berkhidmat sebagai penerbit eksekutif, memandang Jackson mengarah dan menulis bersama trilogi filem aksi langsung The Lord of the Rings dan The Hobbit, manakala Walsh turut menulis lakon layar untuknya.

Kredit: Entertainment Weekly

Sepatutnya ditayangkan pada 12 April 2024, The Lord of the Rings: The War of the Rohirrim kini ditunda ke 13 Disember 2024, dan dilaporkan akan berdurasi selama dua jam dan 30 minit.

Bagi jalan cerita, filem itu menampilkan watak baharu yang tidak pernah dilihat dalam The Lord of The Rings dan Hobbit, kerana berlangsung beratus-ratus tahun sebelum peristiwa kedua-dua trilogi tersebut. Memfokuskan pada watak Helm Hammerhand, pengarah Kenji Kamiya menjelaskan beberapa butiran penting tentang konsep cerita ini:

“Ini adalah kisah raja paling kuat dalam sejarah Rohan, seseorang yang mengalahkan musuhnya dengan tangan kosong. Mengapa keturunannya harus berakhir dengannya? Saya rasa ada pengajaran di sana dan juga keperluan untuk tanggungjawab dan kesedaran dalam kuasa mereka. Kita hidup dalam zaman di mana seluruh dunia menghadapi realiti peperangan. Apa itu kuasa? Apakah tanggungjawab untuk mereka yang memilikinya?”

Kredit: Entertainment Weekly

Bekerjasama projek ini ialah Sola Entertainment, yang menghasilkan beberapa anime hebat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Projek mereka termasuk Tower of God, The God of High School, Shemue: The Animation dan Ninja Kamui. Selepas filem Lord of the Rings yang akan datang, studio itu sekali lagi akan bekerjasama dengan Warner Bros pada siri Lazarus yang akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeThe Lord of the Rings: The War of the Rohirrim
ShareTweetSend
Previous Post

NetEase Games Umum FragPunk – Free-To-Play FPS Untuk Xbox & PC!

Next Post

POCO M6 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Early-Bird Bermula RM539

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
POCO M6 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Early-Bird Bermula RM539

POCO M6 Rasmi Lancar Di Malaysia, Harga Early-Bird Bermula RM539

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd