Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Digimon Beatbreak Berakhir – Episod 49 Tamat Dengan Fusion Volvemon

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Digimon Beatbreak Berakhir – Episod 49 Tamat Dengan Fusion Volvemon
Share on FacebookShare on Twitter

Perjalanan hampir setahun siri anime Digimon Beatbreak akhirnya tamat menerusi Episod 49 bertajuk “A World of Shining Light“. Bermula sejak Oktober 2025, siri ini melabuhkan tirai dengan penuh emosi… lengkap dengan fustion terhebat dalam anime ini, iaitu Volvemon.

Kisah pengembaraan Tomoro Tenma akhirnya tiba ke titik penentu dalam pertarungan terakhir. Bagi mengatasi ancaman yang melanda, partner tahap Mega miliknya, Atratusmon, telah ‘Jogress Fusion’ bersama partner abangnya Asuka Tenma, iaitu Albatusmon, untuk membangkitkan entiti agung, Volvemon

Diklasifikasikan di bawah jenis “Unknown” dan atribut “Unidentified”, Volvemon memang berbeza berbanding fusion biasa dalam francais ini kerana rekaan dan latar kisahnya membawakan konsep fiksyen sains kosmik yang lebih abstrak.

Berdasarkan profil yang dikeluarkan, Volvemon bukanlah raksasa biasa ataupun dewa perang purba. Ia asalnya merupakan sebuah AI alam sekitar yang dicipta pada fasa awal Digital World, jauh sebelum dunia itu diuruskan oleh sebarang sistem operasi.

Pada zaman tersebut, Digital World hanyalah sebuah ruang eksperimen kecil tempat para penyelidik memerhatikan hidupan digital primitif (setaraf dengan tahap Baby I). Namun, disebabkan persekitaran digital itu langsung tiada perubahan atau pergerakan, hidupan awal ini tidak berupaya untuk membesar apatah lagi berubah.

Bagi mencetuskan perkembangan, pihak pemerhati memperkenalkan sebuah AI untuk menggerakkan kitaran dunia tersebut. Entiti inilah yang akhirnya dikenali sebagai Volvemon.

Berfungsi seperti sebuah enjin kepada planet yang hidup, Volvemon menggunakan gelang cahaya besar di belakangnya untuk menukar persekitaran digital di sekeliling kepada data mentah lalu menyerapnya. Sebuah penjana pada bahagian dadanya kemudian memampatkan data tersebut sebelum melepaskannya semula ke luar.

Kitaran berterusan menyerap dan melepaskan tenaga ini telah mewujudkan sistem semula jadi pertama di Digital World, termasuklah kitaran siang dan malam, perubahan suhu, tekanan udara, pasang surut air, serta pertukaran empat musim.

Keadaan persekitaran ini memberi rangsangan yang diperlukan oleh hidupan digital awal untuk mencetuskan “Digivolution” yang pertama. Dari situlah ruang ujian kecil tersebut akhirnya berkembang menjadi Digital World yang serba luas seperti yang kita kenali hari ini.

Apabila Digital World semakin matang dan membina sistem operasinya sendiri yang mampu menjalankan kitaran semula jadi secara automatik, peranan asal Volvemon pun berakhir.

Memandangkan AI tersebut mempunyai kuasa mentah yang terlalu dahsyat untuk dibiarkan terus aktif, sistem telah memisahkannya kepada dua entiti berbeza lalu menyimpannya. Albatusmon dicipta untuk memegang kuasa penyerapan (absorption), manakala Atratusmon pula mewarisi kuasa pelepasan (emanation).

Apabila Tomoro dan Asuka menggabungkan partner masing-masing dalam episod akhir, mereka sebenarnya menyatukan semula dua bahagian enjin asal dunia itu yang telah lama terpisah.

Tags: Digimon BeatbreakVolvemon
ShareTweetSend
Previous Post

STRANGER THAN HEAVEN – Senarai Penuh Barisan Pelakon; Ada Snoop Dogg, Tupac, Ado & Banyak Lagi

Next Post

Code Geass Star Chaser Aspal Akan Tayang Pada 2027; Teaser Rasmi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Code Geass Star Chaser Aspal Akan Tayang Pada 2027; Teaser Rasmi

Code Geass Star Chaser Aspal Akan Tayang Pada 2027; Teaser Rasmi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd