Bulan baru sudah tentu ada cerita baru yang akan di bawa masuk ke dalam platform Netflix. Anda juga mesti tengah mencari siri untuk ditonton pada bulan Julai kan? Kami telah menyenaraikan beberapa anime, siri dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix pada bulan Julai 2022! Tanpa membuang masa, jom tengok senarainya.
Anime Netflix
BASTARD!! -Heavy Metal, Dark Fantasy-
Apabila kuasa jahat mengancam untuk menghidupkan semula Anthrasax, Dewa Pemusnah, Kerajaan Meta-llicana meminta bantuan ahli sihir gelap
Uncle from Another World
Selepas koma selama 17 tahun, bapa saudara Takafumi tiba-tiba bangun. Lebih mengejutkan dia bercakap dalam bahasa yang tidak dikenali dan boleh menggunakan kuasa ajaib.
Detective Conan: Zero’s Tea Time
Seorang detektif yang juga seorang ejen keselamatan awam dan ahli organisasi rahsia, Itulah Zero. Anda akan mengikuti kisahnya dalam anime spin-off terbaru daripada francais terkenal “Detektif Conan”.
Final Fantasy VII: Advent Children
Advent Children berlangsung 2 tahun selepas peristiwa Final Fantasy VII [game] di mana tiga penjahat sibuk menculik kanak-kanak yang dijangkiti dengan penyakit yang tidak dapat dijelaskan. Cloud Strife, wira daripada Final Fantasy VII, nampaknya juga menderita daripada penyakit yang sama, lalu pergi untuk menyelamatkan semua kanak-kanak itu.
Namun, dia mendapat tahu bahawa trio penjahat itu sebenarnya merancang untuk menghidupkan semula sang antagonis Sephiroth menggunakan mayat seorang penjahat dari luar angkasa bernama Jenova. Berhadapan dengan masalah baru, Cloud dan rakan-rakan harus berjuang untuk menghalang kejahatan ini.
Siri & Filem Netflix
The Sea Beast
Apabila seorang gadis muda bersembunyi di atas kapal pemburu raksasa laut yang legenda, mereka telah mulakan satu pengembaraan epik ke perairan yang belum pernah dijejaki ramai — dan mencipta sejarah.
Kung Fu Panda: The Dragon Knight
Pahlawan legenda Po bekerjasama dengan seorang kesatria Inggeris elit dalam usaha global untuk menyelamatkan senjata ajaib serta memulihkan reputasinya — dan menyelamatkan dunia!

Stranger Things (Season 4 – Volume 2)
Apabila seorang budak lelaki hilang, sebuah bandar kecil membongkar misteri yang melibatkan eksperimen rahsia, kuasa ghaib yang menakutkan dan seorang gadis kecil yang aneh. Ini merupakan penamat kepada segala perkara yang terjadi.
Resident Evil
Bertahun-tahun selepas wabak virus yang menyebabkan kemusnahan dunia, Jade Wesker berjanji untuk menjatuhkan mereka yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan itu dan untuk bertahan melawan orang yang dijangkiti.

The Gray Man
Apabila seorang ejen CIA rahsia mendedahkan rahsia agensi lain, dia kini diburu di seluruh dunia oleh seseorang yang inginkan kepalanya.
Uncharted
Sebuah filem adaptasi dari game popular PlayStation oleh Naughty Dog. Pemburu harta karun Victor “Sully” Sullivan merekrut Nathan Drake untuk membantunya mendapatkan harta benda berusia 500 tahun yang dikumpulkan oleh penjelajah Ferdinand Magellan. Nampaknya bukan mereka sahaja yang ingin mendapatkannya kerana Santiago Moncada juga inginkan harta tersebut. Jika Sully dan Nate boleh menguraikan petunjuk dan menyelesaikan salah satu misteri tertua di dunia, mereka akan menjumpai harta karun $5 bilion — tetapi itu hanya boleh berlaku jika mereka boleh belajar bekerjasama.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda. Cerita apa yang anda akan tonton di Netflix sepanjang Julai 2022? Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Netflix daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post