Anime Chainsaw Man telah pun tamat dengan episod ke-12 ditayangkan pada Rabu yang lalu. Walaupun ada beberapa peminat yang tidak berpuas hati dan meminta remake baru, kami rasa MAPPA telah lakukan satu kerja yang baik untuk adaptasi anime siri popular itu. Untuk musim pertama Chainsaw Man, kita akhirnya melihat penamat kepada Katana Man Arc dan melihat watak-watak kita mengalahkan musuh terhebat mereka buat masa ini.

Sebagai penamat musim, kita telah diacah dengan penampilan Reze, watak baru yang akan memainkan peranan penting dalam arc akan datang. Buat masa ini, MAPPA tidak mengumumkan lagi musim terbaru untuk anime Chainsaw Man. Jadi kita mampu tunggu sahaja berita baru daripada mereka.

Kalau anda tidak sabar untuk musim kedua diumumkan, bolehlah anda membaca manganya melalui Mangaplus bermula bab 39. Kalau anda ingin membeli versi fizikal, anda boleh membeli jilid 5. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Chainsaw Man daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post