Boruto: Naruto Next Generations telah memulakan story arc “Chunin Exam” dengan tayangan episod 221 dalam anime! Bagi mereka yang kurang tahu, anime Boruto secara rasmi telah menamatkan fasa Isshiki Otsutsuki, dan sementara menunggu manga untuk berkembang, versi anime akan mengambil masa untuk meneroka jalan cerita original yang tiada dalam versi manga seperti yang kami laporkan sebelum ini.
Semasa kali terakhir peperiksaan Chunin diadakan, kampung Konoha telah diganggu oleh serangan Otsutsuki. Seperti yang dijelaskan dalam episod terbaru, untuk bersiap sedia bagi apa-apa ancaman yang mungkin akan datang, kampung Konoha telah membuat keputusan untuk mengadakan ujian Chunin supaya lebih ramai shinobi tahap Chunin boleh direkrut.
Dalam episod 221, ia didedahkan bahawa ini adalah rancangan Naruto untuk membantu memulihkan kampung Konoha adalah dengan mempromosikan lebih ramai shinobi ke tahap Chunin. Ini mengharuskan Boruto dan rakan-rakannya untuk menyelesaikan beberapa misi unik dalam peperiksaan. Seperti yang dilihat dalam siri Naruto, bahagian pertama ujian meminta setiap shinobi untuk menjawab sebuah peperiksaan bertulis sambil melakukan yang terbaik untuk tidak ditangkap andai kata menipu. Ini sama seperti peperiksaan Chunin yang dihadapi oleh Naruto dan merupakan satu proses tradisional di Konoha. Perbezaan sebenar adalah untuk ujian seterusnya.
Ujian kedua diadakan di Forest of Death (sangat nostalgia), di mana situasi pertempuran sebenar akan disimulasikan. Secara individu, setiap genin mesti menyelamatkan seorang anggota yang cedera dan bertahan hidup dari makhluk bahaya dan peserta lain. Walaupun menghadapi beberapa halangan, Boruto dan rakan-rakan telah berjaya lulus ujian ini. Sebelum episod tamat, mereka semua dikejutkan dengan pengumuman tentang ujian terakhir, yang terdiri daripada pertarungan satu lawan satu. Ini akan berlangsung di episod berikut yang bakal menguji kehandalan Boruto. Dari A sampai Z semuanya agak sama kecuali fasa Forest of Death. Bagi mereka yang menonton Naruto dari awal, adegan ini pasti akan membuat korang mengimbas semula zaman klasik.
Apa pendapat anda tentang “arc Chunin Exam” dalam anime Boruto? Adakah korang pon teringat zaman Naruto semasa dia Genin? Untuk segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.
Sumber – Naruto Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post