Gamers Spider-Man kat PS4 dah dapat apa yang majoriti pemilik game ni nak, baju Spider-Man daripada trilogy asal filem dia, yang dilakonkan oleh Tobey Maguire. Game ni sememangnya masih lagi relevan dikalangan gamers, sebab buat masa ni ia masih lagi diservis dengan banyak DLC.
Mesti ada di antara korang yang suka tukar-tukar suit Spider-Man kan sambil jalan-jalan kat New York? Personally kalau aku, aku stick to a few selections je. Dan baju-baju Spider-Man ni ditambahkan lagi seperti yang diumumkan oleh Tweet daripada Insomniac Games:
We have a special holiday gift for #SpiderManPS4 players. Today's game update will include a highly requested suit. Hint: It's webbed and it's FREE for owners of Marvel's Spider-Man! pic.twitter.com/6DLTxPFSaE
— Insomniac Games (@insomniacgames) December 20, 2018
Baju Spider-Man ni turut dikenali sebagai Raimi’s suit. Ini pastinya satu move yang dilihat sebagai “fan service” sebab to this day, admit it; ramai orang yang attached kat version Tobey Maguire punya Spider-Man. So far yang paling konsisten pernah wujud kat layar perak. Sebelum Insomniac memang kena kritik cam haram, sebab depa dok sibuk masukkan suit lain daripada Homecoming, Into the Spider-verse dan sewaktu dengannya.
Kami pun tak pasti sama ada Activision memang plan nak release suit ni dari awal ke ataupun diorang tunduk kepada tekanan orang ramai. Apa pun, kita boleh dapat suit ni dalam DLC Silver Lining yang dah keluar 21 Disember baru-baru ni.
Ada gak baju Cyborg Spider-Man dan Aaron Aikman armor suit.
@gamersantaimy
Discussion about this post