Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 8, 2024
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Akan datang 2025, The First Berserker: Khazan Pamer Gameplay & Naratif Lengkap!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NEXON dan Neople telah mengeluarkan rakaman gameplay baharu untuk game aksi RPG hardcore, The First Berserker: Khazan di samping memberi pandangan lebih mendalam tentang kisah protagonis dalam Dungeon & Fighter (DNF) Universe melalui video di sebalik tabir.

Bukan itu sahaja, NEXON turut berkongsi tarikh pelancaran umum untuk game yang bakal dikeluarkan pada tahun 2025 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Windows PC melalui Steam.

Naratif.

Secara am, The First Berserker: Khazan ialah game yang mengadaptasi dunia Dungeon & Fighter (salah satu harta intelek Nexon yang terkenal secara global), dan menceritakan kisah Ozma dan Khazan.

Video di sebalik tabir mendedahkan bahawa Khazan bangkit daripada seorang tanpa nama lalu menjadi Great General of Pell Los, selepas menyelamatkan Pelos Empire daripada Berserk Dragon Hismar dan Dragon Legion bersama Ozma. Walaupun kedua-dua pahlawan ini dilihat sebagai wira kepada Empayar, malangnya mereka dituduh sebagai pengkhianat oleh Emperor.

Selepas dipenjarakan dan diseksa, Khazan akhirnya dibuang selama-lamanya oleh empayar di kawasan pergunungan. Namun, dalam perjalanan untuk membalas dendam, dia bertemu dengan Blade Phantom misteri yang memberikannya kuasa baharu. Di sini, pemain akan menjadi Khazan, yang harus membongkar kebenaran di sebalik konspirasi kejam ini.

Gameplay

Gameplay The First Berserker: Khazan menggabungkan gaya hack-and-slash Dungeon & Fighter yang bercampur dengan aksi hardcore. Selain bertarung dengan pelbagai musuh, pemain juga perlu meningkatkan abiliti watak, serta menggabungkan pelbagai jenis kemahiran senjata dan perisai hingga jumpa kombinasi yang sesuai dengan gaya permainan anda. Ciri-ciri lain seperti peralatan dan perk turut mempengaruhi cara pemain menguatkan diri sendiri.

Gameplay serba baharu menunjukkan aksi selama 15 minit di mana Khazan bertarung melawan pelbagai askar, raksasa dan binatang di kawasan tundra berais selepas melarikan diri. Menampilkan adegan animasi 3D cel unik, gameplay diakhiri dengan pertarungan bos pertama yang pasti menguji kemahiran pemain.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: The First Berserker: Khazan
ShareTweetSend
Previous Post

Game Mobile ‘HAIKYU!! TOUCH THE DREAM’ Buka Prapendaftaran! Cipta Pasukan Impian Bola Tampar Anda!

Next Post

Apple Raikan Kreativiti Karya Indie Buatan Asia Tenggara Melalui ‘Here’s to the Dreamers’

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Apple Raikan Kreativiti Karya Indie Buatan Asia Tenggara Melalui ‘Here’s to the Dreamers’

Apple Raikan Kreativiti Karya Indie Buatan Asia Tenggara Melalui 'Here's to the Dreamers'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd