Memang ada sebab mengapa game battle royale seperti PUBG dan Fortnite mempunyai players base berjuta-juta pemain. Ia sangat-sangat menarik.
Walaupun kelihatan seronok, perlawanan mungkin tidak dinamik seperti yang disangkakan. Itulah pendapat para penyelidik di Department of Computer Science di University of Georgia, yang menguji beberapa algoritma AI untuk meramal kedudukan atau posisi pemain terakhir di PUBG berdasarkan statistik in-game dan ranking.
“Di jurnal ini, kami telah cuba untuk meramal (ranking) pemain di ujian survival terhebat. Kami telah mengaplikasikan pelbagai mesin model belajar untuk mencari ramalan paling optimum”.
Menurut barisan penyelidik yang menulis di kertas pre-print “Survival of the Fittest in PlayerUnknown’s BattleGrounds“ yang diterbit di Arxiv.org.
Seperti yang dijelaskan oleh penulis, setiap perlawanan PUBG bermula dengan pemain melompat memakai parachute daripada kapal terbang di salah satu daripada empat map yang berada di PUBG dan mencari senjata, kenderaan, perisai perlindungan, dan peralatan lain. Untuk melatihkan model AI mereka, pasukan penyelidik ini menggunakan data telemetri yang dikumpul dan dikaji oleh Kaggle milik Google, sebuah mesin komuniti yang belajar online. Secara keseluruhan, ia mengandungi 4.5 juta perlawanan solo, duo, dan skuad dengan 29 ciri-ciri, yang kemudian dipecahkan kepada 1.9 juta perlawanan dengan 28 ciri-ciri oleh penyelidik.
Kebanyakan pemain tidak mengumpuk kill, dan hanya pecahan kecil berjaya menang menggunakan strategi pacifist. Sebaliknya, hanya 0.3748% pemain berjaya menang tanpa mengejar kill, dan jika dipecahkan lagi, hanya 0.1059% pemain sahaja menang tanpa membunuh atau melakukan damage. Penyelidik juga mengkaji pemain yag aktif menjelajah map untuk meningkatkan peluang kemenangan mereka, dan sebanyak 2.0329% pemain mati daripada golongan tersebut mati sebelum mengorak langkah. Pemain yang mempunyai kill rate yang rendah yang lebih memilih untuk berlawan solo atau duo mempunyai kadar peluang yang lebih tinggi berbanding pemain yang bermain di skuad.
https://twitter.com/Mobirum_World/status/981305382642515969
“Daripada kajian ini, kesimpulannya ialah teknik yang dibelajar oleh mesin boleh digunakan untuk meramal perlawanan ‘survival of the fittest’ seperti PUBG. Penyingkiran selepas kajian yang menyeluruh telah berjaya dibuktikan sebagai suatu teknik yang berguna untuk peningkatan prestasi, walaupu tidak boleh diaplikasikan pada setiap senario.”
Sumber – VentureBeat
@gamersantaimy
Discussion about this post