Acer hari ini mengumumkan barisan komputer riba perusahaan yang diperbaik oleh AI – TravelMate baharu; dan dua komputer riba Acer Chromebook Plus Enterprise, kedua-duanya direka dengan teknologi berkuasa yang memastikan perniagaan dan pekerja mereka dilengkapi teknologi terkini untuk bekerja dengan lebih cekap dan selamat.
Berikut adalah butiran penuh:
Acer TravelMate P6 14
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-p6-14.jpg)
Acer TravelMate P6 14 (TMP614-73) dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 7 terkini dengan Intel vPro Enterprise, dan Grafik Intel terbina dalam dan Penggalak Intel AI, serta datang dengan memori LPDDR5X sehingga 32GB, dan SSD M.2 PCIe sehingga 1 TB.
Panel OLED WQXGA+ (2880 x 1800) 14 inci dengan pilihan panel sesentuh, digabung dengan aspek nisbah 16:10, bezel nipis, dan audio DTS menghibur para pengguna dengan pengalaman audio dan visual yang mengasyikkan bersama sokongan untuk gamut warna 100% DCI-P3 dan piawaian VESA HDR TrueBlack 500. TravelMate P6 14 juga datang dengan Wi-Fi 7 dan Bluetooth® 5.3, dan ketersediaan pelbagai palam penting yang menyokong Thunderbolt 4 untuk penyambungan yang lancar dan mudah.
Komputer Riba Acer TravelMate Siri P4
Barisan komputer riba perusahaan nipis-dan-ringan TravelMate P4 baharu merangkumi reka bentuk boleh tukar 14 inci, dan juga model bereka bentuk lipatan 14 dan 16 inci.
Acer TravelMate P4 Spin 14 (TMP414RN-54): boleh tukar membolehkan para pengguna untuk beralih di antara pelbagai tugas dan mod dengan lancar dan mengambil kesempatan atas ciri-ciri mudah alihnya seperti berat ringan 1.49 kg dan ketebalan senipis 21.9 mm.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-p4-spin-145.jpg)
Prestasinya dipertingkatkan dengan cip pemproses sehingga Intel Core Ultra 7 165U dengan Grafik Intel terbina dalam dan kelayakan Intel vPro Enterprise, dan jangka hayat bateri yang panjang, dengan tambahan kebolehan pengecasan pantas jika diperlukan.
Peranti ini juga datang dengan paparan WUXAGA (1920 x 1200) 14 inci dengan pilihan paparan sesentuh dan bezel nipis 16:10 untuk pengalaman visual dan audio yang dipertingkatkan dengan audio DTS. Membantu golongan yang sentiasa di atas jalan kekal tersambung, TravelMate P4 Spin 14 datang dengan Wi-Fi 6E dan pilihan penyambungan 4G LTE.
Acer TravelMate P4 16 (TMP416-53): dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra terkini dengan Intel vPro Enterprise. Peranti ini juga disokong oleh Intel Unison, memori dua jalur DDR5 sehingga 64GB dan simpanan PCIe SSD sehingga 1TB, di samping jangka hayat bateri yang diperpanjang.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-p4-16.jpg)
Perincian visual dipaparkan di atas paparan bezel nipis WUXGA (1920 x 1200) digabung dengan teknologi Acer TrueHarmony untuk audio yang dipertingkatkan. Seperti model boleh tukar, komputer riba 16 inci datang dengan pelbagai palam yang membantu golongan profesional kekal tersambung ketika di luar pejabat.
Acer TravelMate P4 14 (TMP414-42-TCO): dilengkapi dengan cip pemproses AMD Ryzen PRO siri 8040 yang dipertingkatkan dengan AMD Ryzen AI, dengan sehingga lapan teras pemprosesan prestasi tinggi berdasarkan seni bina “Zen 4”.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-p4-14.jpg)
Ia menyokong memori DDR5 sehingga 64 GB, simpanan PCIe Gen4 sehingga 1 TB, jangka hayat bateri yang ditingkatkan, ciri-ciri keselamatan perusahaan yang canggih dan penyelesaian Pengurusan Mudah Alih Perusahaan sebahagian daripada teknologi AMD PRO.
Semua peranti TravelMate Siri P4 direka untuk mengatasi kekasaran dari haus dan lusuh dari penggunaan harian tanpa penjejasan terhadap prestasi. Pematuhan ketahanan gred tentera mereka memenuhi keperluan ini dan Pelindung Habuk Acer membantu mengurangkan pengumpulan habuk di bahagian dalam yang boleh mengurangkan kecepatan peranti.
Perlindungan peranti dikembangkan lagi dengan semua peranti dilengkapi oleh TMP 2.0 diskret, penutup privasi dan pembaca cap jari untuk log masuk yang selamat, dan pilihan pembaca kad pintar untuk model-model TravelMate P4.
Diperbaik dengan Ciri-Ciri AI
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-meeting.jpg)
Setiap komputer riba perusahaan TravelMate dilengkapi oleh ciri-ciri AI baharu untuk kerja sama dan penciptaan, digabung dalam Zon Pengaman Acer di dalam aplikasi TravelMateSense.
Golongan profesional kreatif boleh mengandalkan Acer LiveArt yang membantu segera menghapus latar belakang gambar yang mengandungi orang, haiwan dan objek dan menjana peta kedalaman dalam gambar 2D. Dengan CIMP dan pemasangan Resapan Stabil Intel, peranti ini juga boleh menjana ilustrasi dan gambar dengan beberapa tekanan butang dan masukan teks yang senang.
Produk-produk TravelMate juga datang dengan Acer PurifiedView 2.0 baharu, yang mengandalkan NPU untuk aplikasi yang dipercepat AI untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan mengadakan pengalaman yang lancar di masa panggilan video dan pengalaman strim dengan Pengaburan Latar Belakang, Pembingkaian Automatik, dan Hubungan Mata untuk memastikan para pengguna sentiasa tampil baik.
Barisan peranti ini juga membolehkan Acer PurifiedVoide dengan Pengurangan Bunyi AI untuk mengurangkan bunyi latar belakang dengan aktif untuk audio yang lebih jelas.
Penyelesaian Sokongan Perusahaan Pra-Pasang
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_travelmate-convertile.jpg)
Pelbagai penyelesaian perusahaan Acer menyokong para peniaga untuk mengurus fungsi-fungsi perusahaan dan melindung maklumat penting. Dengan perisian TravelMateSense baharu, pengguna boleh mengoptimumkan, membuat, dan mendapat akses sistem sokongan di dalam komputer riba dengan satu tekanan kekunci TravelMateSense.
“Aliran kerja” menggabung semua fungsi yang diperlukan para pengguna di pelbagai situasi kerja yang berbeza (mesyuarat, di luar, dan kerja) dan boleh disesuaikan berdasarkan keutamaan tertentu. “Penjagaan Keselamatan” menyediakan pelbagai ciri-ciri keselamatan, termasuk Saringan Peranti USB, Simpanan Selamat Tersendiri, Keselamatan Fail, dan Kunci Dinamik untuk melindungi peranti TravelMate daripada pelbagai ancaman berpotensi.
Dengan “Pemeriksaan”, para pengguna boleh meneliti kesihatan komponen-komponen penting peranti ini seperti simpanan, RAM, dan kesihatan bateri yang datang dengan panduan untuk penyelarasan untuk mengoptimumkan pengecasan bateri.
Penetapan tambahan di atas sistem seperti mod prestasi dan pengecasan, penetapan paparan, dan fungsi DustDefender tersedia dengan tingkap status sistem keseluruhan di atas halaman rumah untuk laporan sistem peranti Travelmate dalam masa sebenar.
Pengurus Pejabat Acer berguna dalam membolehkan pejabat-pejabat tanpa memerlukan kakitangan IT khusus untuk mengumpul data, memusatkan sumber dan memantau aset-aset IT dari satu laman. Melindungi data penting juga dimudahkan dengan Acer ProShield Plus menggabung pelbagai ciri-ciri keselamatan dan pengurusan di satu konsol pelanggan.
Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.
Chromebook Plus Enterprise
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-515.jpg)
Kedua-dua model – Acer Chromebook Plus Enterprise 515 dan Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 – datang dengan kebolehan perniagaan ChromeOS, memastikan keselamatan terbaik dalam kelas, pengurusan mudah, akses yang lentur, dan sokongan untuk pengurusan yang dipertingkatkan, semua dipasang dengan dua kali kecepatan, memori, dan simpanan. Acer Chromebook Plus Spin 514 (CP514-4HN) juga tersedia untuk para pengguna atau individu.
Dikuasakan oleh cip pemproses sehingga Intel Core 7 processor 150U dan dilengkapi dengan RAM LPDDR5X sehingga 16 GB, sistem-sistem tersebut menyediakan prestasi yang unggul, mempertingkatkan pelbagai tugasan dan kebolehan AI generatif untuk mengekalkan kecekapan kerja dan penyambungan para pekerja di awan, pasukan dan pekerja yang dibahagikan.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-515-depan.jpg)
Perusahaan dan perniagaan boleh mengandalkan ChromeOS, memastikan penggunaan aplikasi warisan, perusahaan, dan persendirian dengan lancar dan selamat. Tambahan lagi, Acer Chromebook meningkatkan masa beroperasi dengan jangka hayat bateri sehingga 10 jam dan bateri yang boleh dicas pantas.
Para pekerja yang menggunakan model-model Acer Chromebook Plus Enterprise mereka untuk panggilan video boleh memilih aplikasi yang sesuai seperti Zoom, Slack, Google Meet, dan Microsoft Teams, dengan pengetahuan bahawa mereka akan tampil dengan baik berkat kamera web peranti ini dengan Pengurangan Bunyi Semasa (TNR) dari Acer untuk menghapus bunyi.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-515-keyboard.jpg)
Alat-alat panggilan video yang dikuasakan oleh Google Ai terbina dalam ChromeOS memperbaik kejelasan dan lampu, menambah pengurangan bunyi, dan mengaburkan latar belakang secara automatik. Dua pembesar suara dan DTS® Audio melengkapi pengalaman panggilan dengan suara yang berkualiti tinggi dan tanpa herotan.
Acer Chromebook Plus Enterprise 515 (CBE595-2/T) baharu dilengkapi paparan besar Full HD (1920×1080) 15.6 inci dengan teknologi IPS untuk memastikan perincian di hamparan, grafik, dan gambar tampil terperinci dan cerah. Paparan yang besar ini menyediakan ruang yang luas untuk papan kekunci angka khusus di atas peranti ini, yang menyediakan cara kemasukan data yang cekap kepada para pekerja di bidang kewangan, penjualan, dan pelayanan termasuk bidang STEM.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-spin-514-depan.jpg)
Sangat mudah alih dengan berat hanya 1.5 kg (3.31 lbs), paparan WUXGA (1920×1200) 14 inci Acer Chromebook Plus Enterprise Spin 514 (CPE594-1N) boleh digunakan di dalam empat mod berkat reka bentuk boleh tukar dua dalam satu peranti ini. Engsel 360 darjahnya membolehkan Acer Chromebook Plus Spin 514 bertukar dari komputer riba tradisional kepada mod tablet untuk kemasukan sentuhan yang senang dan pengambilan nota melalui sebatang stylus aktif USI di atas Kaca Antimikrob Corning Gorilla paparan ini.
Kedua-dua model Acer Chromebook Plus Enterprise dilengkapkan dengan rangka yang tahan lasak mematuhi piawaian MIL-STD 810H dan tahan hentaman. Tambahan lagi, peranti-peranti tersebut tampil profesional di atas meja di ketika bertemu pelanggan, di persekitaran penjualan, di mesyuarat dan juga di atas perjalanan.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-spin-514-lipat-1.jpg)
Kedua-dua model ini dilengkapi dengan pilihan untuk papan kekunci berlampu supaya produktiviti boleh dikekalkan dalam keadaan malap. Para pekerja akan kekal tersambung dengan Wi-Fi 6E yang cepat dan boleh diandalkan dan boleh disambung dan mengecas pelbagai peranti melalui pelbagai pilihan palam, termasuk HDMI dan dua palam USB Jenis C.
Peranti-peranti Acer Chromebook Plus baharu menyokong matlamat Earthion, lengkap dengan beberapa pendaftaran EPEAT di samping ciri-ciri mesra alam seperti pad sesentuh OceanGlass diperbuat daripada buangan plastik yang menuju ke laut. Ia mengandungi bahan-bahan yang telah di kitar semula, pembungkusan yang mampan, dan reka bentuk yang cekap tenaga yang memenuhi piawaian Energy Star.
Komputer Riba Acer Chromebook Plus Enterprise Bersedia Untuk Perniagaan
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-515-model.jpg)
Model-model Acer Chromebook Plus Enterprise baharu datang tersedia dengan kebolehan perniagaan terbina dalam ChromeOS, membolehkan bahagian IT dan para pekerja yang disokongnya untuk melalui proses kemasukan dengan cepat dengan pendaftaran tanpa sentuhan, dan kekal produktif dengan polisi peranti yang senang di kawal yang memudahkan pengalaman pengguna.
ChromeOS melindungi para pengguna daripada ancaman keselamatan, dan keuntungan dari serangan yang mahal dengan ciri-ciri seperti pengurusan di atas awan, keselamatan yang canggih, dan kawalan berbutir. Mengurus kemas kini, laporan wawasan dan masalah teknikal lebih senang dengan sokongan Google 24/7 dan bantuan penyelesaian masalah ChromeOS.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/acer_computex-monitor_travelmate-chromebook_chromebook-515-kerja-on-the-go.jpg)
Model-model Acer Chromebook Plus baharu juga tersedia dengan Kemas Kini Pendidikan Chrome untuk pengurusan peranti yang lancar di dalam sekolah. Kemas Kini Pendidikan Chrome membantu para pengurus untuk mengurus banyak peranti dan menawarkan polisi pengurus untuk mengawal ciri-ciri Chromebook Plus.
Para pengurus juga boleh mengandalkan fungsi Kemas Kini Pendidikan Chrome seperti pendaftaran tanpa sentuhan dan sokongan 24/7 Google.
Malangnya, harga dan ketersediaan produk di atas masih belum diumumkan di Malaysia.
Baca segala berita kami tentang Acer di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post