Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Monopoly Madness – Monopoly unik yang seronok dimainkan bersama!

Maira by Maira
January 3, 2022
in Artikel, Game Review, Genre, PC, Platform, PS4, PS5, Review
0 0
0
[Review] Monopoly Madness – Monopoly unik yang seronok dimainkan bersama!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak video game popular, kebanyakan boardgame yang kita main juga mendapat versi digital mereka sendiri seperti Monopoly, Catur, UNO dan banyak lagi. Ini merupakan game terbaru dari Ubisoft menampilkan Monopoly! Tetapi ini bukanlah game Monopoly yang biasa kita mainkan. Ianya sesuatu yang sangat berbeza daripadanya. Kalau tahu lebih lanjut, mari baca review saya mengenai Monopoly Madness!

Gameplay Monopoly Madness

Cara bermain Monopoly Madness ini sangat senang, anda hanya perlu mengumpul duit, elektrik dan air serta anda pergi membeli atau upgrade benda-benda ini. Anda juga boleh menggunakan Power-up yang tersedia untuk mengacau pihak lawan anda. Game ini sangat mudah untuk dimainkan untuk kanak-kanak. Jadi, tidak mustahil untuk semua orang mahir untuk melawan antara satu lain daripada pelbagai umur. Jika anda bermainnya pada PC, ia menjadi lebih mudah kerana anda hanya perlu menggunakan mouse.

Semasa bermain, akan ada beberapa perkara yang akan berlaku sebagai halangan untuk anda seperti hujan lebat yang menyebabkan jalan menjadi licin atau kapal terbang yang menghalang pandangan anda pada game. Anda tidak boleh memandang ke depan atau jalan mengundur seperti Michael Jackson sebab tiada butang khas untuk anda kawal arah yang ingin dituju. Jadi arah manapun yang anda lari, anda akan sentiasa menghadap arah itu walaupun anda sedang mengutip sumber atau item. Tetapi nasib baik ketika anda kutip, anda bergerak lebih perlahan, jadi mudah untuk mengawal arah anda.

Jika anda menggunakan PC, anda hanya perlu gerakkan mouse anda tanpa menekan sebarang butang untuk gerakkan karakter anda. Butang kiri dan kanan mouse hanya digunakan untuk sucking (mengutip) dan blowing (mengguna). Jadi anda boleh bermain menggunakan satu tangan sahaja melainkan anda ingin menggunakan item khas. Jika mouse anda mempunyai butang tambahan, anda boleh map item khas pada butang tersebut.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Disebabkan camera tidak boleh diubah, camera tersebut akan sentiasa mengikuti karakter anda dan zoom in atau zoom out mengikut keadaan. Jika anda lebih dekat dengan orang lain, kamera anda akan lebih dekat. Jadi agak susah untuk menentukan kedudukan karakter lebih lebih lagi untuk melihat bangunan mana yang dijual.

Sucking (mengutip) dan Blowing (mengguna)

Sucking hanya digunakan untuk mengutip sumber dan power-up di depan anda. Itu sahaja yang saya boleh cakap sebab ia tidak ada perkara yang penting selain itu. Tetapi berbeza pula dengan Blowing, di mana anda boleh buat dua perkara. Pertama ialah anda membeli hartanah atau anda membelanjakan dan upgrade elektrik dan air, jika anda sudah mempunyai hartanah. Jika ada hartanah dalam proses pembidaan, anda boleh membelanjakan wang untuk membidanya dan semakin lama anda akan meniup banyak wang yang anda belanjakan.

Kedua, anda boleh stun pihak lawan anda untuk seketika. Ia sangat berguna jika anda ingin merebut sumber yang sama. Sudah tentu ia mempunyai timer tersembunyi yang akan menghalang anda daripada menggunakannya secara berterusan.

Sumber

Terdapat 3 sumber berbeza yang perlu anda perlu kumpulkan: wang, elektrik dan air, dan juga spawn point kerana akan ada tempat pada peta yang mengeluarkan sumber sekali-sekala. Wang memang akan digunakan untuk membida hartanah yang anda inginkan manakal elektrik dan air digunakan untuk menaik taraf hartanah anda.

Walaupun anda boleh mengumpul jumlah wang tanpa batasan tetapi itu tidak pada elektrik dan air. Wang mudah untuk dipegang tetapi disebabkan elektrik dan air mempunyai had, dan untuk upgrade harta benda memerlukan lebih banyak sumber lebih-lebih lagi bangunan bertingkat yang tinggi.

Power-up

Setiap power-up boleh digunakan sekali sahaja sama seperti Mario Kart. Kebanyakkan power-up berguna dalam game seperti kopi yang membolehkan lawan anda lari ke arah lain secara rawak atau bulldozer yang membuatkan anda susah untuk dihalang.

Hartanah/ Properties

Berbeza daripada Monopoly biasa, anda tidak boleh membeli hartanah sesuka hati anda kerana ada countdown sebelum proses pembidaan dimulakan. Apabila countdown itu tamat, anda mempunyai masa singkat untuk membida hartanah yang anda inginkan. Sesiapa sahaja boleh membida bangunan yang sama dan sudah tentu pembida tertinggi akan menang dan dapat memilikinya.

Harga hartanah adalah berbeza setiap satu kerana terdapat peringkat hartanah yang berbeza dalam game. Hartanah yang mempunyai nilai bintang yang rendah sudah tentu lebih murah berbanding yang mempunyai bintang yang lebih. Jadi, lebih baik anda membida sekali sahaja dan lihat jika orang lain juga turut serta. Jika ada, anda boleh membida dengan lebih banyak wang.

Sesetengah hartanah mempunyai kesan, contohnya jika anda memperoleh kesemua hartanah dalam satu set, anda akan mendapat bonus. Tetapi satu je masalah, game ini tidak menerangkan kepada anda, bonus apa yang anda dapat. Jadi agak keliru juga dibuatnya.

Mod game dan Peta

Terdapat tiga mod berbeza untuk Local Play dan dua mod untuk dalam talian. Local Play mempunyai Story mode, Free-For-All dan Team. Manakala dalam talian pula, anda boleh main Free-For-All dan Team. Free-For-All dan Team merupakan mod mutiplayer.

Story mode menyokong empat orang pemain dan terdapat pelbagai syarat untuk menang dalam peta yang berbeza. Untuk Free-For-All dan Team, hanya ada satu syarat sahaja iaitu menjad pemain yang mempunyai Property Medal tterbanyak pada penghujung 10 minit. SElepas itu, terdapat medal bonus mengikut keadaan berbeza seperti Most Bidding Lost atau apa sahaja seperti Mario Party.

Anda boleh menyesuaikan beberapa aspek dalam mod multiplayer seperti masa perlawanan, event timer dan macam-macam lagi.

Gaya visual

Visual Monopoly Madness ini memang jelas untuk disasarkan kepada seisi keluarga, di mana kanak-kanak boleh menyertai keseronokan di jalanan dan meruntuhkan rumah ahli keluarga lain dalam game. Ia berwarna-warni, comel dan terdapat banyak watak untuk dipilih dan disesuaikan. Sejujurnya, cisual game ini sangat sesuai dengan temanya yang membawa suasana gembira dan lebih santai.

Kesimpulan

Terus terang, Monopoly Madness merupakan salah satu game yang baik pada tahun 2021. Ia tidak mempunyai bug atau masalah lain dan ia sangat dioptimumkan dengan baik. Visualnya juga hebat dan walaupun tidak sama dengan Monopoly klasik, ia sememangnya menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika anda bermain bersama keluarga atau rakan dalam talian. Ia juga sangat mudah untuk dimainkan, jadi semua orang boleh terus bermain game ini tanpa masalah.

Tetapi custom game mungkin sedikit biasa dan tidak banyak perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan gameplay lebih menyeronokkan. Saya harap akan ada sedikit perubahan untuknya dan menambah mekanik dari Story mode ke dalam mod multiplayer.

Untuk segala review daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Monopoly Madness

7 Score

PROS

  • Visual yang comel serta serasi dengan game world
  • Story mode yang tersedia untuk pemain yang tidak mempunyai kawan
  • Gameplay yang mudah

CONS

  • Custom game terlalu biasa
  • Mudah untuk hilang arah watak

Review Breakdown

  • Sebuah game monopoly yang berbeza daripada yang anda selalu mainkan. Tetapi masih boleh menyebabkan permusuhan. 0
Tags: Monopoly MadnessReview Game
Previous Post

Tower of Fantasy kantoi sekali lagi memplagiat sumber luar untuk video promosi mereka

Next Post

Village dinobatkan sebagai Game of the Year di Steam Awards 2021! Ini adalah senarai penuh pemenang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Village dinobatkan sebagai Game of the Year di Steam Awards 2021! Ini adalah senarai penuh pemenang!

Village dinobatkan sebagai Game of the Year di Steam Awards 2021! Ini adalah senarai penuh pemenang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd