Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer siap sedia hulur bantuan untuk semua mangsa banjir di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 23, 2021
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Acer siap sedia hulur bantuan untuk semua mangsa banjir di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan rancangan mereka untuk membantu semua mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir besar di seluruh negara.

May be an image of text

Diumumkan di media sosial, Acer ingin menyokong proses pemulihan selepas bencana banjir dengan menawarkan bantuan khusus untuk pelanggan Acer dan peranti bukan Acer di Malaysia. Bagi pelanggan Acer, pembaikan adalah percuma untuk mana-mana produk Acer yang rosak akibat banjir tanpa mengira waranti/termasuk peranti yang sudah habis tempoh. Mereka juga boleh membaiki peranti bukan Acer pada caj harga yang berpatutan.

Jika peranti Acer itu rosak dan tidak dapat dibaiki, mereka akan menawarkan diskaun 20% untuk mana-mana desktop/komputer riba baru daripada e-kedai rasmi Acer Malaysia. Tawaran ini akan lanjut sehingga 31 Mac 2022.

Buat masa ini, sebanyak 17,164 keluarga yang membabitkan 60,583 individu terjejas akibat banjir di tujuh negeri, sehingga jam 12 tengah hari tadi. Angka itu dikongsikan di portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang turut menjelaskan bahawa 389 pusat penempatan sementara (PPS) telah dibuka di Pahang, Kelantan Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

FOTO: Penampakan Banjir Besar di Malaysia - Global Liputan6.com

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuka peluang kepada anda menjadi sukarelawan untuk sama-sama berganding bahu dan membantu antara mangsa-mangsa banjir. Sukarelawan akan terus menggembleng tenaga di lokasi berbeza bagi menyantuni seramai mungkin mangsa banjir. Untuk mereka yang berminat, imbas sahaja kod kod QR di bawah dan isi borang pendaftaran melalui Google Form di pautan.

May be an image of 1 person and text that says 'Heama Wabak COVID-19 KEMENTERIAN EMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DANMASYARAKAT JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SKUAD PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG Scan OR code untuk mendaftar sebagai Skuad Keluarga Malaysia atau layari link rasmi t f @JKMHQ @jkmhq @JKMHQ maklumat lanjut sila layari portal'

Semoga banjir segera surut dan semua yang terkesan kekal tabah menghadapi ujian getir ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerbanjirMalaysiaTeknologi
Previous Post

Overwatch tersedia untuk dimainkan secara percuma untuk waktu terhad!

Next Post

PlayStation Holiday Sale dan Steam Winter Sale sudah bermula! Jom Tambah Game Baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation Holiday Sale dan Steam Winter Sale sudah bermula! Jom Tambah Game Baru!

PlayStation Holiday Sale dan Steam Winter Sale sudah bermula! Jom Tambah Game Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd