Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Black Clover Mobile akan keluar di iOS & Android pada tahun 2022

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2021
in Android, Animasi, Anime, Artikel, Berita, iOS, Manga, Mobile
0 0
0
Game Black Clover Mobile akan keluar di iOS & Android pada tahun 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Penerbit Pearl Abyss (Black Desert) dan pembangun Vic Game Studios telah mengumumkan game anime RPG Black Clover Mobile (tajuk tentatif) untuk platform iOS dan Android semalam. Bakal dilancarkan pada 2022 di Jepun sahaja buat masa ini, ia didedahkan dengan treler yang agak panjang semasa acara Jump Festa 2022.

https://www.youtube.com/watch?v=5LAMNJquKjg

Treler untuk Black Clover Mobile berdurasi kira-kira empat minit dan dari segi reka bentuk, ia nampak seolah-olah seperti game open-world. Ciri utama yang disoroti menunjukkan bahawa pemain boleh alami semula adegan-adegan penting dari anime yang nampaknya menghidupkan siri shonen popular tersebut dengan model watak 3D bergaya.

Selain Asta dan Yuno, anda dapat mengumpul watak Black Clover ciptaan Yuki Tabata untuk membuat pasukan ahli sihir sendiri. Cara untuk memperoleh watak tidak dijelaskan tetapi kerana ia adalah game mobile, kemungkinan besar ada satu atau lebih jenis sistem gacha. Saya tidak boleh jelaskan dengan lebih lanjut, jadi kita hanya mampu tunggu apabila pihak produksi dedahkan maklumat baru.

Selain Black Clover Mobile, sebuah filem anime juga sedang dalam pembikinan di mana mereka mengeluarkan poster visual “Yuno Grinberryall” untuk mempromosikan projek akan datang ini.

<#ブラッククローバー 映画化決定>#ブラクロ ステージご視聴いただきましてありがとうございました🍀

映画化決定記念ビジュアルの第2段を公開!
キャラクターデザイン #竹田逸子 描き下ろし✨
アスタと対になるユノのビジュアルです!

映画は絶賛制作中です☀お楽しみに!#ジャンプフェスタ pic.twitter.com/zlhUEnntBH

— ブラッククローバー_映画公式/日本全国ロードショー&Netflix世界独占配信中 (@bclover_PR) December 19, 2021

<映画化決定>#ブラッククローバー の映画化が決定!

キャラクターデザイン #竹田逸子 描き下ろしの映画化記念ビジュアルも公開✨

詳細は後日発表!お楽しみに!#ブラクロ pic.twitter.com/wTzwytAvLg

— ブラッククローバー_映画公式/日本全国ロードショー&Netflix世界独占配信中 (@bclover_PR) March 29, 2021

Akaun Twitter rasmi untuk Black Clover telah memuat naik ilustrasi di atas yang asalnya didedahkan semasa acara Jump Festa 2022. Poster ini bertujuan untuk menjadi karya pendamping bersama ilustrasi “Asta” yang diumumkan sebelum ini sempena pengumuman asal.

Black Clover ialah siri manga yang dicipta oleh Yuki Tabata dan mula bersiri pada tahun 2015 untuk majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha. Sejak itu, ia telah menjadi sangat popular, dengan 30 jilid tankobon setakat Oktober 2021 dan lebih 16 juta salinan dalam edaran.

Adaptasi anime pula dihasilkan oleh studio animasi Pierrot dan mula disiarkan pada Oktober 2017 lalu tamat pada Mac 2021. Siri ini ditayangkan selama 170 episod dan sejak itu berada dalam keadaan “hiatus”, setelah jalan cerita semakin menghampiri sumber manga.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidanimeBlack Clover MobileiOS
Previous Post

FF7 Remake PC lebih optimized untuk PC lama, Pemilik FF7R PS Plus boleh upgrade ke versi PS5!

Next Post

Mangaka My Hero Academia bakal tamatkan siri tersebut tahun depan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mangaka My Hero Academia bakal tamatkan siri tersebut tahun depan!

Mangaka My Hero Academia bakal tamatkan siri tersebut tahun depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd