Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Keanu Reeves tidak pernah bermain Cyberpunk 2077, walaupun CD Projekt Red kata dia beria puji

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 13, 2021
in Artikel, Berita, Open World, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Keanu Reeves tidak pernah bermain Cyberpunk 2077, walaupun CD Projekt Red kata dia beria puji
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sebuah temu bual baru-baru ini, pelakon terkenal Keanu Reeves menentang dakwaan CD Projekt Red bahawa dia puji dan “suka” bermain Cyberpunk 2077 (berlakon sebagai Johnny Silverhand di dalam game), selepas menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak mencuba pun game tersebut walau sekali.

Keanu Reeves Interview - Matrix Star Talks John Wick, Potential MCU Role,  and Marrying Winona Ryder

Reeves mendedahkan perkara ini semasa temu ramah dengan The Verge, dan mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak selalu bermain game termasuk game yang dibintangi oleh dirinya sendiri. Dia mengakui pernah “melihat demonstrasi” tentang Cyberpunk, tetapi menjelaskan bahawa dia tidak pernah bermain game RPG tersebut.

Keanu Reeves on Cyberpunk 2077, staying creative in pandemic - Los Angeles  Times

Percanggahan pendapat ini telah dilihat oleh beberapa orang di subreddit Cyberpunk. Semasa menonton temu ramah itu, mereka mendapati ia tidak sama dengan laporan CD Projekt Red dari Disember tahun lalu, di mana Ketua Pegawai Eksekutif Adam Kiciński berkata pelakon itu “suka” bermain Cyberpunk. Ini memberi tanggapan bahawa Reeves sangat menyokong produksi Cyberpunk dan tidak sabar untuk game itu keluar walaupun hakikatnya, kita tahu apa yang terjadi.

Anda boleh tonton video di bawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas:

Pada hujung bulan lepas, CD Projekt Red membuat pengumuman untuk memperkenalkan fungsi multiplayer bagi kedua-dua francais Cyberpunk 2077 dan Witcher. Adam Kiciński kata:

“Kami tidak mendedahkan francais mana yang akan mendapat fungsi multiplayer dulu tetapi percubaan pertama akan menjadi sesuatu yang kami belajar lalu menambah lebih banyak lagi. Langkah demi langkah, kami mahu membuka pintu pada multiplayer dengan menambah beberapa aktiviti multiplayer secara beransur-ansur.”

Apa pendapat anda tentang kes Keanu Reeves suka main Cyberpunk 2077 di atas? Adakah ini pun dianggap sebagai salah satu cara untuk dapatkan tarikan pemain? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Cyberpunk 2077, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Cyberpunk 2077
Publisher: CD Projekt
Developer: CD Projekt Red
Release Date: 2020-12-10
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Cyberpunk 2077 adalah permainan video permainan peranan 2020 yang dikembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt. Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077Keanu Reeves
Previous Post

Akhirnya! Wajah sebenar Invisible Girl didedahkan!

Next Post

miHoYo bukan lagi penerbit untuk Genshin Impact!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
miHoYo bukan lagi penerbit untuk Genshin Impact!

miHoYo bukan lagi penerbit untuk Genshin Impact!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd