Pada minggu lepas kita telah didedahkan mengenai pengkhianat hero sebenar yang berada dalam UA Academy. Jika sebelum ini, kita menyangka bahawa Hagakure atau lebih dikenali sebagai Invisible Girl, sebagai pengkhianat tetapi sebenarnya tidak. Malah dia lah yang pertama mengetahui mengenai pengkhianat itu.

Dalam bab terbaru My Hero Academia, kita mendapat beberapa adegan yang boleh dikatakan nostalgik dan paling penting sekali, wajah sebenar Invisible girl juga didedahkan dalam bab ini! Berikutnya akan mengandungi spoiler daripada bab terbaru, jadi kalau anda tidak kisah, teruskan pembacaan anda!
Amaran! Spoiler bab 337 My Hero Academia di bawah!
Jika ada sesuatu yang peminat My Hero Academia inginkan, ianya untuk melihat wajah sebenar Invisible Girl. Jika selama ini, kita hanya mendapat lukisan mukanya sahaja, kini Horikoshi, mendedahkan sebahagian daripada muka Invisible Girl.
Dalam percubaan untuk melarikan diri, Aoyama telah menggunakan navel lasernya dan ini membuatkan Hagakure menggunakan kuasanya. Kebolehan Hakure yang mampu membiaskan bahaya telah mendedahkan seketika wajahnya yang sebenar. Dan sudah tentu ramai peminat begitu teruja dengannya.

Ini adalah pendedahan yang penuh emosi kerana Hagakure ingin mengetahui mengapa Aoyama melakukan perkara yang diminta All For One dan dia menangis ketika menanyakan soalan itu. Walaupun kita telah mendapat pendedahan ini, tetapi ia lebih menyedihkan daripada apa yang peminat inginkan. Pendedahan terbaru ini juga telah memadamkan segala tuduhan dan Hagakure sebenarnya tidak bersalah selama ini.

Bab terbaru ini turut mededahkan mengenai All For One yang menganggap bahawa “rakan” hanyalah batu loncatan sahaja. Pengurusan di UA Academy pula meneruskan soal jawab bersama Aoyama dan keluarganya setelah ditangkap oleh Deku dan Hagakure. Jika anda inginkan mengetahui lebih lanjut, anda boleh membacanya melalui MangaPlus.
Untuk liputan lain mengenai manga ini, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post