Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[UDPATE] PUBG PC/Konsol akan menjadi Free-to-Play bermula Januari 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 11, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Game Percuma, PC, Steam
0 0
0
[UDPATE] PUBG PC/Konsol akan menjadi Free-to-Play bermula Januari 2022!
0
SHARES
321
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
[UPDATE] PUBG: Battlegrounds kini Free-to-Play di PC Steam dan konsol bermula sekarang! Cuma jangan untuk main game tersebut hari ini kerana semua server dimatikan selama 38 jam untuk urusan maintenance sebelum pelancaran rasmi pada hari esok 12 Januari. Buat masa ini, anda boleh memuat turun PUBG untuk siap sedia.

Semasa TGA 2021, Krafton, Inc. mendedahkan bahawa PlayerUnknown’s Battlegrounds atau nama singkatannya PUBG versi PC akan menjadi platform Free-to-Play. Selama bertahun-tahun, PUBG yang dahulu sangat terkenal kini hilang populariti secara beransur-ansur. Bersama langkah ini, ia mungkin boleh meyakinkan lebih ramai pemain untuk mencuba game tersebut.

Perubahan ini akan berkuat kuasa pada 12 Januari di mana Krafton menawarkan akaun Basic yang percuma dan akaun Battlegrounds Plus yang berbayar. Untuk menaik taraf, pemain akan dikenakan bayaran sekali sebanyak $12.99 (anggaran RM 54.79), dan akan menerima yang berikut:

  • Bonus 1,300 G-COIN
  • Survival Masters XP + 100 percent boost
  • Career – Medal tab
  • Ranked Mode
  • Custom Match functionality
  • In-Game items, including the Captain’s Camo set, which includes hat, camo mask and camo gloves

Mereka yang sudah membeli PUBG tidak perlu kecewa kerana anda akan menerima PUBG Commemorative Pack. Ini termasuk “Battlegrounds Plus, serta Battle-Hardened costume skin set, Shackle and Shanks Legacy Pan dan papan nama Battle-Hardened Legacy.” Langkah ini serupa dengan apa yang kami lihat di Rocket League apabila game itu membuat perubahan ke F2P. Sementara menunggu peralihan PUBG ke modal Free-to-Play, Krafton telah membuka laman web pra-pendaftaran yang menawarkan aktiviti lain untuk anda memperoleh item baru percuma.

Saya berharap model F2P ini dapat membantu PUBG bersaing dengan game battle royale lain seperti Call of Duty: Warzone. Sekurang-kurangnya, ia memberi pemain insentif untuk mencuba PUBG bagi mereka yang belum! Buat masa ini, kita hanya mampu tunggu dan melihat bagaimana keadaan akan berubah pada bulan hadapan.

Untuk segala liputan kami tentang TGA 2021 (The Game Awards 2021), sila tekan pautan ini.

MUAT TURUN DI SINI!!
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG)
Developer: PUBG Corporation
Release Date TBC
Microsoft Windows
PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) adalah permainan berbilang pemain pertempuran royale dalam talian yang dibangunkan dan diterbitkan oleh PUBG Corporation, anak syarikat permainan video Korea Selatan Bluehole. Platform yang hadir adalah PC, PS4 dan juga Xbox One.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: free to playPCpubgTGA 2021
Previous Post

Anggota Polis digugurkan kerana sibuk bermain Pokemon Go untuk menangkap Snorlax dan gagal menjawab panggilan!

Next Post

Filem Jujutsu Kaisen 0 telah dibocorkan sepenuhnya di Media Sosial!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Filem Jujutsu Kaisen 0 telah dibocorkan sepenuhnya di Media Sosial!

Filem Jujutsu Kaisen 0 telah dibocorkan sepenuhnya di Media Sosial!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd