Sudah ramai yang inginkan sesuatu yang baru dari francais Silent Hill. Hari ini semasa siaran langsung The Game Awards 2021, sebuah permainan dari pencipta Silent Hill, Keiichiro Toyama telah mengumumkan “Slitterhead”.
Game itu dibangunkan oleh Bokeh Game Studio yang dicipta oleh Toyama, menunjukkan trailer teaser pertama untuk permainan tersebut. Jika dilihat dari trailer tersebut, nampaknya ia akan berlaku di sebuah bandar di Jepun dan nampak seperti siri anime “Parasyte”. Tidak seperti Silent Hill, bandar tersebut lebih bising dan nampaknya penuh dengan darah. Ia juga dipenuhi dengan raksasa yang menyeramkan dan mengerikan.

Bukan setakat itu sahaja, muzik untuk Slitterhead juga direka oleh Akira Yamaoka, yang juga telah melakukan beberapa muzik untuk game Silent Hill dan game lain seperti Killer is Dead, Lollipop Chainsaw dan banyak lagi. Ini merupakan game seram pertama dari Toyama setelah sekian lama. Sebelum ini dia juga telah bekerja dalam membangunkan Gravity Rush yang merupakan permainan eksklusif PlayStation.
Anda boleh menonton TGA 2021 melalui pautan ini. Untuk segala liputan TGA 2021 dari kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post