Dalam satu bahagian pertanyaan One Piece (One Piece SBS), Eiichiro Oda, mangaka One Piece telah mendedahkan beberapa nama rasmi untuk krew Shanks, Red Hair Pirate. Kebanyakkan nama yang didedahkan boleh tahan lawak juga.
Melalui sebuah akaun Twitter, newworldartur, telah melepaskan gambar yang mendedahkan bahagian One Piece SBS tersebut. Seperti watak-watak lain dalam siri lanun itu, nama-nama yang didedahkan semuanya pelik dan kelakar. Ramai juga peminat yang telah membuat spekulasi mengenai setiap watak dan gaya pertarungan setiap watak hanya melalui nama mereka sahaja.

Siri manga yang dihasilkan Oda sudah berlangsung lebih daripada 20 tahun dan baru-baru ini adaptasi animenya juga telah mencapai 1000 episod. Jika anda tidak tahu mengenai siri ini, ia mengisahkan Monkey D. Luffy, seorang lanun muda dengan kuasa getah ingin menjadi raja lanun. Ikuti pengembaraannya bersama krewnya merentasi Grand Line untuk mencari harta karun bernama “One Piece.”
Francais ini telah mencapai banyak kejayaan dan menjadi salah satu siri ikonik dalam industri anime dan manga serta budaya pop Jepun. Selain mendapatkan adaptasi lain seperti permainan video, novel ringan dan kolaborasi pakaian seperti Uniqlo, One Piece juga menjadi salah satu siri yang terkenal di seluruh dunia setaraf dengan bahan bacaan lain seperti Harry Potter.

Pendedahan terbaru mengenai nama ahli krew Shanks oleh Oda sudah semestinya membuatkan ramai peminat One Piece teruja dan gembira. Lebih-lebih lagi dengan pengumuman mengenai filem One Piece terbaru bertajuk RED. Anda boleh membaca liputan kami mengenainya melalui pautan ini. Filem terbaru itu akan memberikan tumpuan pada kapten lanun berambut merah, yang juga sumber inspirasi Luffy, Shanks beserta watak baru. Netflix juga telah mendedahkan barisan pelakon untuk adaptasi live action One Piece yang sedang dalam pembikinan.
Untuk liputan lain mengenai One Piece, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post