Hari ini, Sony telah mendedahkan prototaip headset VR baru semasa pameran dalam talian yang dipanggil Sony Technology Day. Headset VR itu mempunyai paparan mikro OLED 4k tetapi malangnya ia bukannya PSVR PS5.
Melalui video yang telah dimuatnaik , Sony menunjukkan prototaip tersebut. Video tersebut memberi penerangan terperinci daripada jurutera Sony, Yasuka Ishihara dan Kei Kimura yang memberikan penonton sedikit maklumat mengenai apa yang sedang dibangunkan oleh Sony sejak akhir-akhir ini.
Video tersebut juga menunjukkan headset VR 4k OLED yang semasa ia beraksi. Anda boleh lihat bahawa ia mempunyai masa latency yang rendah. Jika Sony betul-betul ingin menggunakan teknologi baru ini pada produk untuk dijual, ia akan mengurangkan kedua-dua saiz dan berat headset VR secara keseluruhan.

Nampak menarik dan hebatkan prototaip headset ini. Malangnya, ianya masih produk yang masih diselidik dan dibangunkan dari Jabatan R&D Sony. Tiada sebarang petunjuk dari kedua jurutera tersebut atau Sony, jika prototaip ini ada kaitan dengan headset PSVR PS5 yang akan datang. Seperti yang anda ketahui, Sony mengumumkan bahawa headset VR next-gen akan datang secara eksklusif pada konsol PS5 selepas tahun ini. Perkara terbaru yang kita ketahui sehingga kini ialah reka bentuk controller VR tersebut. Controller ini akan dilengkapi dengan adaptive trigger, haptic feedback dan banyak lagi ciri yang tersedia daripada PS5 yang sememangnya menarik.

Nampaknya, masih jauh lagi untuk kita mendapat sebarang kemas kini lanjut mengenai headset ini. Tetapi prototaip yang ditunjukkan mungkin juga akan diberikan pada headset PSVR nanti. Apa pula pendapat anda? Adakah anda inginkan teknologi dari prototaip ini tersedia pada headset PSVR yang akan datang? Boleh berikan pendapat anda di ruangan komen.
Untuk liputan lain mengenai VR, sila klik pautan ini.
Sumber: gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post