Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Salam takziah & Al-Fatihah kepada arwah ibu Leixia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2021
in Artikel, Berita, Esports, Streamer/influencer, Tempatan
0 0
0
Salam takziah & Al-Fatihah kepada arwah ibu Leixia
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lalu, arwah ibu kepada pemain profesional Todak MLBB Ahmad Ali Huzaifi Abdullah atau IGN-nya Leixia telah kembali ke rahmatullah.

Menurut WTM, arwah ibu telah disahkan menghidap penyakit kanser rahim tahap empat dan semasa berhubung, Leixia pada ketika itu sedang melakukan pengurusan jenazah arwah ibunya. Pada hari semalam, RSG Malaysia juga mengongsikan berita sedih ini di halaman Facebook dan Instagram mereka.

May be an image of 1 person and text that says 'STAY STRONG, LEIXIA. WHAT ATS WTMTODAY.MY THE'
Sumber – WTM

Jadi kami berhenti seketika di sini dan minta semua pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah pada arwah ibu Ahmad Ali Huzaifi Abdullah. Moga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Bagi mereka yang tidak tahu, Leixia merupakan pemain profesional yang handal dalam posisi Jungler di pasukan Todak MLBB. Selain dari menjuarai MPL MY S7 bersama dengan RSG, Leixia juga pernah menjadi wakil atlet negara untuk SEA Games 2019 di kategori e-Sukan Mobile Legends: Bang Bang. 

May be an image of 1 person and text
Sumber – RSG MY

Dikenali sebagai anak penyayang, ramai tahu bahawa Leixia sangat mengutamakan arwah ibunya dan dia pun tidak malu untuk menunjukkan kasih sayang ini di khalayak orang ramai. Menggunakan setiap peluang dan ruang sedia ada, dia berusaha sedaya upaya untuk memberikan kebahagiaan kepada arwah ibu. Harap semua anak muda boleh contohi kesungguhan ini kerana siapalah diri ini tanpa ibu bapa kita.

Semoga Leixia tabahkan diri dan sentiasa kuat menghadapi dugaan. Salam takziah daripada kami di Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: EsportsibuLeixiaMalaysiameninggal duniaMLBB
Previous Post

My Hero Academia: “Pengkhianat” sebenar UA Academy bukan Hagakure!

Next Post

Uzui Tengen akhirnya muncul dalam musim kedua Demon Slayer!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Uzui Tengen akhirnya muncul dalam musim kedua Demon Slayer!

Uzui Tengen akhirnya muncul dalam musim kedua Demon Slayer!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd