Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Shin Megami Tensei V – Mengekalkan “jiwa” siri Megaten dengan sistem lebih moden!

Maira by Maira
November 29, 2021 - Updated on November 30, 2021
in Artikel, Berita, Game Review, Genre, Review, RPG
0 0
0
[Review] Shin Megami Tensei V – Mengekalkan “jiwa” siri Megaten dengan sistem lebih moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas empat tahun menunggu, akhirnya Shin Megami Tensei V (SMTV) dilancarkan di platform Nintendo Switch. Sebagai peminat JRPG, sudah semestinya ramai yang menunggu game ini selepas ia diumumkan beberapa tahun yang lalu. Kami juga sudah bermain SMTV dan ia sememangnya game yang berbaloi untuk anda mainkan. Tanpa membuang masa, jom kita mulakan sesi review Shin Megami Tensei V!

Pengembaraan di dunia lain

Permainan ini akan membawa anda ke sebuah dunia yang dikenali sebagai Da’at dan ianya memang berbaloi untuk diterokai. Kemusnahan yang berlaku nampak dahsyat tetapi ianya direka dengan baik. Terdapat pelbagai kawasan semi-terbuka untuk anda terokai. Peta besar pada SMTV memberikan anda pengalaman bermain yang lebih mendalam dan luas untuk diteroka, memanjat pada kereta api dan bangunan yang runtuh. Ia memberikan gambaran yang hebat tentang dunia yang musnah di sekeliling anda.

Selain itu, ia memberikan anda peluang untuk mengumpul item-item yang boleh digunakan seperti demon essence dan miman untuk membuka miracle baru. Kadang-kadang anda akan melihat item-item ini di tebing atau bangunan yang jauh dari anda. Ini membuatkan anda mencari jalan alternatif untuk mendapatkan item tersebut.

Untuk pertama kali dalam siri ini, anda akan nampak demon yang berkeliaran dan mengeluarkan bunyi-bunyi aneh yang tidak dapat difahami. Bukan setakat itu sahaja, saiz demon juga mengikut skala sebenar mereka. Salah satu benda yang saya suka mengenai permainan ini, posisi kamera semasa sedang bertarung. Ia membuatkan dunia permainan ini lebih besar daripada apa yang anda jangkakan. Walaupun begitu, permainan ini mempunyai masalah sedikit pada frame rate. Mungkin kerana ia kerap berlaku, jadi saya sudah biasa sehingga saya tidak sedar mengenainya.

RelatedPosts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

Penceritaan

Seperti semua permainan SMT, plot SMTV agak luar biasa kerana ia memberi tumpuan pada pembinaan dunia dan mitologi daripada pembangunan watak. Ia agak menarik dan anda akan lebih memahami Da’at dengan bercakap dengan demon dan melakukan side quest.

Saya juga sukakan idea mengenai Tokyo yang selamat yang dibandingkan dengan dunia Tokyo yang berbeza dan musnah. Penceritaan karakternya juga ditulis hampir sama dengan plot SMTIV yang lebih terperinci tapi cara penyampaian sama seperti SMT III Nocturne yang lebih minimalis. Sebahagian daripada plot SMT III bagus tetapi ia sangat ringkas dan wataknya juga biasa sahaja. Tetapi saya rasakan konsep SMTV yang lebih kompleks memerlukan sesuatu yang lebih serupa dengan IV, dengan plot yang konvensional dan motivasi watak yang digabungkan dengan lebih kerap sepanjang penceritaan. Saya sangat sukakannya dan harap dapat melihat sesuatu yang lebih daripada mereka.

Gameplay

Shin Megami Tensei V mengembalikan sistem pertarungan turn-based. Jika anda dapat memberi damage pada musuh anda dengan kelemahan mereka atau serangan kritikal, anda akan mendapat satu giliran lagi. Tetapi jika serangan anda disekat, giliran anda akan hilang. Demon juga dapat melakukan perkara yang sama. Sistem ini memberikan ketegangan sebenar yang anda tidak akan dapat rasa dalam RPG turn-based yang lain.

Ia kadang-kadang sukar dan membuatkan anda frust tetapi itulah yang membuatkan SMTV menarik. Setiap keputusan yang anda buat adalah penting dan membuatkan anda berasa puas bila mengalahkan musuh anda terutamanya boss. Jadi sentiasa tumpukan perhatian pada mekanik permainan dan belajar untuk menggunakannya dengan berkesan.

Sumber: Nintendo

Demon

Seperti yang saya cakap, model demon dalam SMTV sangat terperinci dan bila anda berunding dengan mereka, ia sangat lucu dan buatkan anda ingin mengumpul semua demon yang ada. “Negotiation” adalah cara untuk anda dapatkan demon. Anda perlu menjawab soalan mereka dan memberikan item yang mereka minta. Ia masih lagi secara rawak, jadi jika anda mempunyai item yang mereka inginkan, lebih mudah untuk demon tersebut menyertai parti anda. Yang menariknya, jika anda tidak mempunyai demon yang baru atau level yang masih rendah, anda boleh pergi semula pada demon yang anda inginkan dan mereka anda sertai parti anda apabila sudah cukup syarat.

Anda juga boleh dapatkan demon dari World of Shadows, di mana anda menggabungkan dua demon untuk dapatkan demon baru. Banyak demon hebat yang anda boleh dapatkan jika dapat menggabungkan demon yang betul. Selain itu, ia juga membuatkan peningkatan lebih pada permainan dalam bentuk miracle dan essence. Miracle boleh ditukarkan untuk glory yang anda perlukan dari miman. World of Shadows mengingatkan saya pada app yang digunakan dalam SMTIV di mana anda tukar untuk mendapatkan buff pasif seperti mengupah demon atau tingkatkan affinity anda.

Essence sebaliknya akan memberi anda dan demon anda kemahiran demon lain. Ini mewujudkan potensi besar untuk penyesuaian. Jadi, inilah masanya untuk cipta demon khas anda sendiri dengan gabungan demon lain.

Kesimpulan

Shin Megami Tensei V merupakan salah satu permainan RPG terbaik yang pernah saya mainkan di Switch dan saya berani katakan SMTV merupakan entri terbaik dalam francais Megaten. Dunianya yang sunyi, demon yang lebih hidup dan sistem penyesuaian yang tinggi, bermakna anda boleh bermain permainan ini dengan lamanya. Tetapi ia bukanlah permainan untuk semua orang kerana wataknya yang lemah serta cabarannya yang susah mungkin terlalu berat untuk pemain baru. Tetapi jika anda memang peminat siri ini, sudah tentu ia menyeronokkan bagi anda. Plot dan gameplay yang luar biasa akan membuatkan anda selami lebih dalam mengenai dunia SMTV. Permainan ini sememangnya mengekalkan identitinya sebagai sebuah permainan “Megaten.”

Untuk segala review lain dari kami, sila klik pautan ini.

Muat turun di sini
Shin Megami Tensei V
Publisher: Sega
Release Date: 2021-11-11
Nintendo Switch
Shin Megami Tensei V adalah sebuah permainan JRPG yang dibangunkan oleh Atlus. Ia merupakan sebahagian daripada francais Shin Megami Tensei. Permainan ini dilancarkan pada November 2021 untuk Nintendo Switch
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Shin Megami Tensei V

8 Score

PROS

  • Gameplay agak sukar tetapi masih boleh dimainkan
  • Customization demon yang hebat
  • Reka bentuk demon dan Overworld yang cantik
  • Idea dan pembinaan dunia yang menarik

CONS

  • Tiada pengembangan lanjut untuk watak

Review Breakdown

  • Permainan Megaten yang wajib dimainkan untuk peminat siri ini! 0
Tags: reviewShin Megami Tensei VSMTV
Previous Post

Review Mobile Suit Gundam Battle Operation: Code Fairy – Berperang untuk pihak Zeon!

Next Post

Cyberpunk 2077 akan mendapat mod multiplayer akan datang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Cyberpunk 2077 akan mendapat mod multiplayer akan datang!

Cyberpunk 2077 akan mendapat mod multiplayer akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd