Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

No Time to Die Review: Lakonan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2021 - Updated on November 26, 2021
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Review, Tempatan
0 0
0
No Time to Die Review: Lakonan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berbulan-bulan ditangguhkan, filem James Bond ke-25 berjudul “No Time to Die” akhirnya keluar di Malaysia. Sebagai filem aksi epik yang menugaskan ejen 007 dengan salah satu misi paling sukar dalam hidupnya, ramai peminat mungkin tahu bahawa ini adalah filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond. Pendek kata, “No Time to Die” perlu mengagumkan majoriti peminat dan pada masa sama, memberikan kesimpulan yang memuaskan kepada watak tersebut. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk filem No Time to Die.

Bagi mereka yang tidak tahu, No Time to Die mengubah formula untuk siri filem klasik James Bond dengan menjadikan setiap filem sebagai jalan cerita yang bersambung (ala-ala MCU gitu). Pertama, kami ada “Casino Royale” yang terus bersambung terus kepada “Quantum of Solace” manakala peristiwa dalam sekuel “Skyfall” secara langsung telah mempengaruhi keadaan setiap watak. Selepas “Spectre” keluar, ia mewujudkan plotline baru yang akhirnya akan disimpulkan dalam “No Time to Die”.

Seperti yang anda dapat lihat, filem ini mempunyai tugas berat untuk mencantumkan pelbagai plotline menjadi satu lalu memberikan kesimpulan yang memuaskan. Kita tidak semestinya perlu melihat keempat-empat filem sebelum untuk menikmati No Time to Die, tetapi kepuasan yang anda rasa pasti berbeza, lagi-lagi kerana tidak melihat evolusi Daniel Craig sebagai James Bond.

Baikah. Di sini, saya akan memberi sinopsis ringkas termasuk pengenalan watak sampingan tanpa membocorkan sebarang “spoiler besar” tentang jalan cerita utama.

Filem bermula dengan menunjukkan Vesper, awek Bond daripada “Casino Royale.” Selepas adegan flashback yang lawa dan sinematik untuk Madeleine Swann (Léa Seydoux), kita boleh melihat Bond dan Swann sedang “bersantai” di Itali, di mana dia pergi melawat kubur “bekas kekasih” yang masih menghantuinya. Tanpa diduga, kubur ini meletup dan kita ada adegan kejar-mengejar/tembak-menembak yang saya anggap adalah salah satu adegan terbaik dalam filem ini.

Bond menyalahkan Swann atas apa yang berlaku di Itali, dan percaya dia dikhianati. Dalam keadaan dilema, Bond menghilangkan diri selama lima tahun selepas prolog. Time skip tamat dan penonton dimaklumkan bahawa sebuah virus maut yang boleh menyasarkan DNA orang tertentu telah dicuri. Sudah tentulah Bond harus beraksi semula bersama bantuan ejen-ejen CIA bernama Felix Leiter (Jeffrey Wright) dan Logan Ash (Billy Magnussen).

Pada masa yang sama, Bond sedar bahawa dirinya telah digantikan di MI6 oleh 007 baru bernama Nomi (Lashana Lynch). Nasib baiklah, Bond juga akan dibantu oleh Q (Ben Whishaw) dan Moneypenny (Naomie Harris) yang akan tolong di sebalik tabir.

Malangnya, pelakon-pelakon berbakat di atas tidak mempunyai peranan yang besar dalam jalan cerita. Banyak daripada mereka tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya wujud untuk memajukan kisah sebagai “plot device”. Mungkin ada yang kata bakat mereka dibazirkan, mungkin ada yang kata mereka ingin menumpukan perhatian pada James Bond sahaja.. Itu saya tidak akan komen.

Sekarang saya nak cerita tentang Lyutsifer Safin lakonan Rami Malek sebagai antagonis utama. Walaupun mempunyai rupa yang menyeramkan siap dengan identiti unik, Lyutsifer sejujurnya tidak berada pada tahap yang sama dengan Le Chiffre dari “Casino Royale” atau Raoul Silva dari “Skyfall”.

Bukan lakonan Rami Malek yang menjadi punca, masalahnya adalah fungsi watak tersebut yang bagi saya tidak cukup berkesan kerana motifnya yang saya anggap terlalu tipikal. Ada beberapa elemen yang saya rasa “cukup baik” tetapi bukanlah betul-betul bagus.

Okay, saya dah beri sinopsis ringkas, saya dah jelaskan tentang watak-watak sampingan.. sekarang kita boleh bercakap tentang Daniel Craig aka James Bond. Suka atau tidak, yang pasti francais ini tetap akan diteruskan, sama ada dengan James Bond baru atau pengganti yang layak kepada gelaran 007.

Kita kenali Craig sebagai pelakon yang membawa nama 007 pada abad ke-21, penuh dengan gaya dan kelas. Itu memang standard dalam francais James Bond. Tetapi untuk filem kali ini, kita melihat Bond dalam perspektif yang lebih lemah.

Jangan salah faham dengan maksud saya. Setiap pelakon klasik James Bond memang hebat dan berjaya menyerlahkan ciri-ciri ikonik seorang perisik. Cuma, watak James Bond lakonan Daniel Craig adalah satu pengecualian. Walaupun masih mengekalkan ciri-ciri daripada filem klasik, versi watak ini lebih “kemanusiaan” kerana dapat meluahkan emosi-emosi yang kita tidak pernah lihat dalam mana-mana filem lama.

Orang akan selalu ingat James Bond sebagai watak yang sentiasa harus “cool” tanpa menunjukkan emosi ketara.. tetapi filem ini berbeza. Sangat-sangat berbeza.

Selain Daniel Craig, satu lagi sebab besar untuk menonton “No Time to Die” adalah kerana adegan aksi dan sinematik visual mantap oleh Cary Joji Fukunaga selaku pengarah. Bagi saya, setiap adegan aksi dilakukan dengan sangat cemerlang di mana adegan mengejar di awal filem sudah cukup untuk buat saya teruskan menonton.

Adegan aksi pun bukan sikit -kita ada bahagian menumbuk, bahagian tembak-menembak, bahagian kejar-mengejar kereta. Siap ada letupan nuklear lagi! Memang aksi kaw-kaw lah saya kata. Banyak daripada adegan ini pula dilakukan menggunakan aksi dan bukan CGI yang memberikan unsur “ketulenan” dan realisme.

Secara keseluruhan untuk review ini, saya rasa No Time to Die memberi kesimpulan terbaik untuk James Bond dan memberi perasaan yang memuaskan apabila keluar dari pawagam. Ia masih dapat memberi apa yang setiap peminat mahu dan suka, tetapi berani mengambil beberapa risiko dengan jalan cerita. Adakah ada unsur-unsur yang lemah atau kurang bagus? Ya, memang tidak boleh dinafikan, memang ada.

Tetapi, itu bukan sebab untuk tidak lihat. Yang penting, kita perlu melihat pengakhiran kepada sebuah legasi yang dibina selama bertahun-tahun. Jarang sekali sebuah filem James Bond dapat bermain dengan perasaan penonton, tetapi No Time to Die berjaya menyampaikan detik terakhir 007 dengan penuh beremosi.

Itu sahaja untuk review saya bagi No Time to Die. Bagi sesiapa yang berminat, ia boleh ditonton sekarang di pawagam Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 007Daniel CraigfilemJames BondNO TIME TO DIEreview
Previous Post

Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!

Next Post

Promosi menarik & diskaun hebat menanti anda di Predator Championship 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Promosi menarik & diskaun hebat menanti anda di Predator Championship 2021!

Promosi menarik & diskaun hebat menanti anda di Predator Championship 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd