Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fan-art membayangkan pelakon live-action One Piece dalam kostum penuh, agak serupa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 19, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Fan-art membayangkan pelakon live-action One Piece dalam kostum penuh, agak serupa!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal minggu lepas, Netflix telah mendedahkan senarai pelakon yang bakal menghidupkan krew Straw Hat dalam adaptasi live-action One Piece oleh Eiichiro Oda. Pelakon-pelakon ini termasuk Inaki Godoy sebagai Monkey D. Luffy, Mackenyu sebagai Roronoa Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp dan Taz Skylar sebagai Sanji. Sempena itu, seorang artis telah membayangkan rupa pelakon-pelakon ini dalam kostum penuh, untuk memberikan gambaran yang lebih jelas untuk rupa siri live-action One Piece akan datang.

Pengguna Reddit@Agent 65 menggunakan kemahiran Photoshop-nya untuk melukis rupa lima ahli Straw Hat yang anda boleh lihat di bawah:

Pencipta Eiichiro Oda selaku penerbit eksekutif juga berkongsi pendapatnya tentang projek ini:

“Kami telah bekerjasama dengan Netflix dan Tomorrow Studios dalam projek besar-besaran iaitu adaptasi siri aksi langsung Hollywood ‘One Piece!’ Sudah berapa tahun sejak ia diumumkan, kan? Saya tahu, saya tahu! Tetapi yakinlah kami telah membuat kemajuan yang stabil selama ini. Bukan mudah apabila anda bekerja dengan orang yang berbeza budaya! Tetapi itulah proses sebenar yang boleh menghasilkan sesuatu yang istimewa! Buat masa ini, kami dapat mengumumkan pelakon utama!

Sebaliknya, kita perlu tergesa-gesa mengumumkannya atau ia akan bocor! Wajah mereka, saiz mulut dan tangan mereka, aura mereka, cara mereka membawa diri, suara mereka, kemahiran lakonan mereka, ketinggian mereka, keseimbangan di kalangan krew Straw Hat, dan lain-lain! Kami memilih barisan pelakon ini selepas banyak perbincangan yang melibatkan orang di seluruh dunia! Ini adalah orang yang akan menjadi lanun Straw Hat kami!

Ia akan mengambil sedikit masa lagi untuk menyiapkan rancangan ini, tetapi kami akan terus melakukan yang terbaik untuk menyampaikan rancangan yang kami yakin akan dinikmati oleh semua orang di seluruh dunia! Nantikan lebih banyak kemas kini pada masa hadapan!”

kata Eiichiro Oda.

A special message from Eiichiro Oda to the One Piece cast. @Eiichiro_Staff pic.twitter.com/BT52Taxz2V

— ONE PIECE(ワンピース) Netflix (@onepiecenetflix) November 9, 2021

Apa pendapat anda tentang fan-art untuk One Piece versi live-action? Sama ke tak? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: live-actionnetflixone piece
Previous Post

MultiVersus telah diumumkan secara rasmi oleh Warner Bros. Games!

Next Post

Jian Xia Qing Yuan R – permainan Wuxia Online kembali selepas 18 tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jian Xia Qing Yuan R – permainan Wuxia Online kembali selepas 18 tahun!

Jian Xia Qing Yuan R - permainan Wuxia Online kembali selepas 18 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd