Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Halo Infinite Multiplayer Beta dilancarkan hari ini, Teaser siri Halo juga didedahkan!

Maira by Maira
November 16, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, PC, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Halo Infinite Multiplayer Beta dilancarkan hari ini, Teaser siri Halo juga didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Xbox telah melancarkan Beta Halo Infinite multiplayer lebih awal daripada jangkaan. Ia dilancarkan secara rasmi sempena ulang tahun ke-20 Xbox.

Mod multiplayer Halo Infinite kini boleh dimainkan oleh semua orang di Xbox One, Xbox Series S/X dan PC untuk mencuba beta permainan ini. Beta ini juga termasuk akses pada Season 1 dengan semua peta dan ciri battle pass. Sebarang kemajuan dalam mod multiplayer juga boleh dibawa ke hari pelancaran pada 8 Disember ini.

343 Industries, pembangun Halo Infinite, mula mendedahkan preview mod multiplayer pada bulan Julai. Preview untuk multiplayer Halo Infinite pada akhir September pula tersedia untuk semua pemain Xbox. Dan sudah tentu ramai peminat yang tidak sabar untuk bermain permainan ini.

15 November, menandakan sudah 20 tahun sejak Xbox debut bersama Halo: Combat Evolved. Microsoft mengumumkan pelepasan awal multiplayer Halo Infinite semasa strim khas sempena menyambut ulang tahun tersebut. Tidak peliklah mengapa acara Xbox kali ini menampilkan siri Halo secara meluas.

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Bukan setakat itu sahaja, trailer teaser untuk siri live action Halo juga telah didedahkan semasa acara tersebut. Teaser itu agak pendek, memaparkan beberapa gambar perisai Mjlonir, sebelum suara yang sangat mirip dengan Cortana berkata “Hello, Master Chief.” Siri itu akan ditayangkan secara eksklusif di Paramount Plus pada tahun 2022.

https://twitter.com/HaloTheSeries/status/1460313378572832768?s=20

Halo telah melakukan beberapa percubaan untuk live action sebelum ini, termasuklah Halo: Landfall, Halo 4: Forward Unto Dawn dan Halo: Nightfall. Halo yang bakal ditayangkan di Paramount Plus nampak seperti sebuah percubaan hebat untuk adaptasi francais sci-fi itu. Siri itu pada mulanya diumumkan pada tahun 2018 sebagai siri Showtime sebelum ditukar menjadi siri eksklusif Paramount Plus awal tahun ini berikutan penangguhan akbiat COVID dalam produksi.

Jadi peminat Halo, korang yang belum cuba lagi beta multiplayer tu, bolehlah laju-laju download. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Halo, sila klik pada pautan ini.

Sumber: TheVerge

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HaloHalo InfiniteLive action Haloxbox
Previous Post

Review Back 4 Blood – Menghidupkan semula zaman Left 4 Dead!

Next Post

One Piece mungkin akan umumkan filem anime baru selepas tayangan episod ke-1000!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece mungkin akan umumkan filem anime baru selepas tayangan episod ke-1000!

One Piece mungkin akan umumkan filem anime baru selepas tayangan episod ke-1000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd