Pada hari semalam (10 November), GilaGaming menjadi tumpuan dalam komuniti PlayStation kerana dianggap sebagai scammer PS5 selepas berbulan-bulan membina kepercayaan. Anda boleh baca laporan asal kami di SINI. Hari ini saya datang dengan berita baru di mana pihak GilaGaming dan pembekal PS5 (Setsuna) telah pergi ke balai polis untuk membuat laporan tentang kes semasa. Wakil kami juga cuba menghubungi GilaGaming semalam, dan mendapat jawapan pada pagi ini (11 November), di mana mereka menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

Punca kejadian berlaku apabila ramai pembeli mengadu mereka tidak menerima konsol PS5 selepas membuat pra-pesanan dengan GilaGaming. Ramai mula mengesyaki mereka ditipu dan perkara menjadi semakin pelik apabila laman Facebook GilaGaming tiba-tiba hilang. Ini membuatkan lagi ramai orang percaya mereka ditipu. Tidak lama selepas itu, GilaGaming memuat naik “story” di Instagram yang menjelaskan halaman Facebook ditutup kerana menerima laporan berulang. Keseluruhan kejadian kemudian meletup menjadi isu besar sehingga Gilagaming tidak sempat menjelaskan bahagian kisahnya.
Apa yang terjadi menurut GilaGaming
Seperti yang saya kata tadi, wakil kami telah telah menghubungi GilaGaming dan meminta maklumat lanjut tentang kejadian. Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Gilagaming:

Pertama sekali, Gilagaming menawarkan harga yang lebih murah kerana mereka biasanya menerima pra-pesanan sahaja. Walau bagaimanapun, selepas menyerahkan bayaran kepada pembekal PS5, pembekal tersebut memberitahu bahawa penghantaran dari Sony amat perlahan, jadi stok pun lambat sampai. Pada masa yang sama, GilaGaming memberitahu bahawa duit pelanggan kini ada dalam tangan pembekal.
Apabila GilaGaming membuat laporan kepada polis semalam, dia turut memberikan pelbagai bukti kepada polis yang menunjukkan semua wang telah dipindahkan kepada akaun pembekal. Pada masa yang sama, mereka juga berhubung dengan para pembeli. Jika pembekal tidak dapat mengadakan unit PS5 selepas dua minggu, GilaGaming akan melapor sekali lagi kepada polis.

Wakil kami juga tanya sama ada pembekal tersebut adalah pengedar sah dari PlayStation, tetapi GilaGaming tidak boleh mendedahkan info lanjut. Menurut Gilagaming, pembekal adalah syarikat sah dengan cap Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
(Kami di Gamer Santai tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya ingin menyampaikan kisah dari sudut pandangan GilaGaming.)
Apa yang terjadi menurut pembekal (Setsuna)
Hari ini, pembekal tersebut juga telah menjelaskan apa yang berlaku mengikut perspektif dirinya. Menggelarkan diri sebagai Setsuna, dia sebenarnya menjual barangan perkakasan PC, tetapi GilaGaming bertanya jika mereka menjual PS5 atau tidak. Setsuna kata ya.
KRONOLOGY SINCHAN GAMING : ~ Kami membeli dari scalper dengan harga RM 3600 – RM 3700 , dan dia sanggup membeli dengan…
Posted by Setsuna Shoppe on Wednesday, November 10, 2021
Setsuna asalnya membeli PS5 dari scalper lain pada nilai harga 3600 – RM 3700, kemudian ingin menjual PS5 pada harga 4.1K kepada GilaGaming. GilaGaming pada ketika itu tidak mengenalkan dirinya dan sanggup beli walaupun harganya mahal. Modal duit itu dikatakan datang daripada bos, tetapi sebenarnya daripada bayaran pra-pesanan oleh pelanggan. Tidak lama selepas itu, permintaan GilaGaming untuk PS5 pun semakin meningkat (dibekalkan oleh Setsuna) sehingga ia mula dikenali sebagai kedai “trusted”. Seperti mana-mana perniagaan, Setsuna ingin membuka invois tetapi GilaGaming menolak dan hanya ingin mengesahkan pesanan melalui Whatsapp sahaja kerana tidak mahu apa-apa dokumen sahih.
Dalam siaran langsung, Setsuna mengatakan dia sudah menjual sekitar 300 PS5 kepada GilaGaming. Sehingga hari ini, GilaGaming masih belum melengkapkan bayaran penuh kepada Setsuna walaupun setiap unit telah dihantar seperti yang dijanjikan, beserta bukti hitam putih. Setsuna cuba menghubungi GilaGaming untuk mintak penerangan tentang kes PS5 ini, tetapi malangnya tiada jawapan, mahupun teks atau panggilan. Pada masa yang sama, kami cuba mendapatkan keterangan lanjut dari Setsuna selepas dia menyelesaikan urusan laporan polis.
Hi Follower Setsuna Shoppe. disini saya sertakan beberapa Bukti Chat saya dengan Bryan Sinchan ni. Apa yang diberitahu…
Posted by Setsuna Shoppe on Wednesday, November 10, 2021
Buat masa ini, iu sahaja info yang kami ada. Apa-apa maklumat baru akan dikemas kini dalam artikel ini. Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post