Dalam catatan terbaru di PlayStation Blog, Pereka Guriella Games telah mendedahkan beberapa perkara mengenai robot haiwan dalam Horizon Forbidden West. Dengan permainan baru ini, pasukan pembangun ingin meneroka perkara baru dalam permainan dan bagaimana zon ekologi boleh mempengaruhi setiap robot di dunia itu.
“Semasa pembangunan Horizon Zero Dawn, kami mempunyai banyak idea — sudah tentu tidak semuanya dapat dimasukkan dalam permainan pertama, tetapi kini dengan Horizon Forbidden West kami telah dapat masukkan beberapa idea menarik yang sebelum ini tidak dapat dilaksanakan dengan konsep yang menarik,” kata pereka mesin utama, Blake Politeski.

Setiap mesin mempunyai tingkah laku yang berbeza yang boleh dimanfaatkan oleh Aloy. Contohnya, Aloy boleh menggunakan habuk yang dikeluarkan oleh mesin untuk menyembunyikan diri dan menyelinap daripada mereka. Selain itu, robot di Forbidden West juga lebih mudah alih berbanding sebelum ini. Mereka boleh melompat, berenang dan macam-macam lagi. Oleh itu, Aloy mempunyai alat baru untuk menyesuaikan diri dengan ancaman baru seperti bom asap dan keupayaan untuk mendaki.
Di samping itu, mesin-mesin ini juga direka afar sesuai dengan persekitaran pantai baru di Forbidden West. Sunwing, yang merupakan mesin terbang, lebih besar daripada Glinthawk dalam Horizon Zero Dawn. Ia menggunakan sayapnya untuk mendapatkan kuasa solar dan mereka juga lebih berwaspada terhadap ancaman sekeliling apabila terbiar.
Bercakap tentang kelemahan, setiap mesin juga telah direka dengan pelbagai cara untuk mengalahkannya. “Kami cuba menjelaskan kepada pemain melalui reka bentuk mesin dan menambah tekstur untuk menunjukkan titik kelemahan atau komponen interaktif,” jelas ketua art asset, Maxim Fleury. “Anda perlu mengkaji setiap mesin dengan teliti untuk mencari cara yang berbeza untuk mendekatinya.”
Aloy juga mampu override lebih banyak mesin, membolehkannya menunggang mereka atau mengubah kelakuan mereka dengan menjadikannya lebih agresif atau defensif. Naratif tentang kewujudan mesin-mesin ini juga telah difikirkan. Tremortusk telah didedahkan pada bulan Mei. Ia merupakan sebuah mesin besar kelihatan seperti seekor gajah. Mesin tersebut dicipta untuk melindungi spesis lain supaya mereka dapat menjalankan tugas mereka tanpa campur tangan manusia.
Horizon Forbidden West akan dilancarkan pada 17 Februari 2022 di PS4 dan PS5. Untuk mendapatkan liputan kami yang lain mengenau permainan ini, sila klik pada pautan ini.
Sumber: IGN, PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post