Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ondeh Ondeh – permainan terbaru oleh pembangun No Straight Roads!

Maira by Maira
November 6, 2021
in Artikel, Berita, Game Baru, Genre, Muzik, Tempatan
0 0
0
Ondeh Ondeh – permainan terbaru oleh pembangun No Straight Roads!
Share on FacebookShare on Twitter

Metronomik, sebuah studio gaming di Malaysia hari ini telah mendedahkan permainan terbaru mereka iaitu Ondeh-Ondeh. Pendedahan tersebut ditayangkan melalui sebuah video di Youtube. Wan Hazmer, Game Director Metronomik bersama-sama Daim Dziauddin, Creative Director Metronomik menunjukkan dan memberitahu serba sedikit maklumat tentang permainan terbaru yang sedang dibangunkan di Metronomik. Anda boleh lihat debut teaser tersebut di bawah.

Menurut Wan Hazmer, tajuk permainan iaitu Ondeh Ondeh diambil daripada nama kuih di Malaysia. Sesiapa di Malaysia pasti tahu bagaimana rupa ondeh-ondeh dan ia juga merupakan kuih yang popular. Berikutan kejayaan No Straight Roads oleh peminat dan pemain, budaya Malaysia yang terdapat dalam permainan itu juga disambut baik oleh peminat. Kini, Metronomik membangunkan permainan terbaru yang juga merupakan permainan berdasarkan audio. Ondeh Ondeh akan berbeza daripada No Straight Roads yang sangat menyerlah. Daim berkata bahawa ia akan mempunyai konsep yang sedikit pelik dan berharap pemain akan permainan terbaru ini.

Untuk sesiapa yang tidak tahu, Metronomik merupakan salah satu studio indie di Malaysia yang bergiat dalam industri gaming. No Straight Roads merupakan permainan sulung daripada mereka dan telah memenangi beberapa anugerah. Permainan tersebut telah dilancarkan pada tahun 2020 dan baru-baru ini versi terbaru iaitu No Straight Roads: Encore Edition telah dilancarkan di Steam! Ia merupakan sebuah permainan action-adventure yang menyatukan pertempuran berdasarkan irama muzik dan soundtrack yang mantap.

Tentang No Straight Roads

Permainan ini terjadi di metropolis fiksyen berteknologi tinggi iaitu Vinyl City, yang dinyatakan sebagai ibu kota muzik dunia. Bandar ini ditadbir dan dikendalikan oleh No Straight Roads (NSR), sebuah kerajaan EDM yang korup dan berwibawa serta ingin memonopoli industri muzik dengan mempromosikan EDM dan Artisnya yang menggunakan genre tersebut.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Jadi kepada korang yang belum cuba No Straight Roads, boleh main permainan ini di pelbagai platform seperti PS4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store atau Steam. Tak sabar pula nak cuba Ondeh Ondeh daripada Metronomik! Daripada teaser yang ditayangkan, kita sudah nampak elemen-elemen tempatan dalam permainan tersebut. Nampaknya kita kena tunggu berita lanjut mengenai permainan ini. Jika anda ingin liputan lain mengenai permainan tempatan, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Game MalaysiaMetronomikOndeh Ondeh
Previous Post

Review Super Robot Wars 30: Pabila semua mecha anime bergabung kuasa

Next Post

Forza Horizon 5 maju dengan ciri penterjemahan bahasa isyarat!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Forza Horizon 5 maju dengan ciri penterjemahan bahasa isyarat!

Forza Horizon 5 maju dengan ciri penterjemahan bahasa isyarat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd