Ozysoft, pembangun di sebalik daripada permainan seram, Pulang: Insanity telah mendedahkan video gameplay untuk permainan terbaru mereka iaitu Project Buramato. Permainan itu merupakan sebuah permainan video platformer aksi shooter 3D dalam sebuah tempat fanstasi yang diilhamkan dari cerita rakyat tradisional Borneo .
Ciri Utama Project Buramato
- Permainan video platformer aksi shooter 3D dalam sebuah dunia fantasi cerita rakyat tradisional Borneo.
- Main permainan dalam Third-person yang pantas.
- Minimalis, Tafsiran terbuka dalam penceritaan, tertumpu pada Atmosfera.
- Lawan makhluk mistik pada permainan penembak berfokuskan sihir.
- Terokai tanah misteri old lord dalam persekitaran dunia separa terbuka yang indah.

Ozysoft telah mendedahkan Project Buramato beberapa bulan yang lalu dan mendapat banyak perhatian oleh peminat mereka. Mereka ada menjelaskan agar peminat tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap permainan ini kerana mereka hanya sebuah studio yang kecil dan menyatakan bahawa jangan menganggap bahawa permainan tersebut akan sama dengan permainan lain seperti Zelda dan Genshin Impact. Jika terdapat persamaan pada permainan itu, ia hanyalah persamaan pada artistik dunia terbuka itu.
Selain itu, mereka juga ada menyatakan bahawa mereka berusaha untuk melancarkan Project Buramato dengan pengalaman permainan yang terbaik dan akan mengadakan sesi ujimain pada suku keempat 2021 untuk mendapatkan maklum balas daripada pemain dan mengenak pasti perkara yang mereka perlu lakukan untuk menambah baik permainan tersebut.

Projek Buramato sangat diinspirasikan oleh kisah-kisah dari Dayak Paser iaitu salah satu suku kaum di Borneo. Walaupun begitu, dunia dan alam semesta Buramato adalah gabungan dari pelbagai mitos dan rakyat Borneo. Dari Utara ke Selatan, Timur ke Barat Borneo, Ozysoft mendapat pelbagai rujukan untuk mencipta dunia ajaib Buramato.
Project Buramato akan dikeluarkan antara 2022 dan 2023 dengan platform yang disasarkan ialah PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam. Jadi kepada anda yang ingin mengikuti perkembangan permainan ini, anda boleh menyertai Discord mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post