SEGA telah mengumumkan bahawa Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles, game konsol rasmi pertama dalam siri Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba yang dihasilkan oleh Aniplex untuk PlayStation 5,PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan Steam, telah menjual lebih 1 juta unit di seluruh dunia! Game ini telah diterima dengan positif oleh peminat di seluruh dunia di mana ramai yang memuji grafiknya yang cantik, elemen pertempuran yang mantap termasuk kemahiran watak yang luar biasa, dan pengalaman unik bagi setiap watak yang berjaya direplikasikan dalam permainan video.
Berikut adalah rumusan ringkas:
Adventure Mode: The Hinokami Chronicles
Dalam Adventure Mode, anda dapat mengawal Tanjiro Kamado dan menyelami cerita anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba! Mod ini merangkumi peristiwa “Tanjiro Kamado, Unwavering Resolve Arc” di mana Tanjiro memulakan perjalanannya, menyertai Demon Slayer Corps, dan memerangi berbagai iblis, serta “Mugen Train Arc” di mana dia ditemani oleh Flame Hashira, Kyojuro Rengoku.

Versus Mode: Battle
12 watak dari Demon Slayer: anime Kimetsu no Yaiba, termasuk Tanjiro Kamado dan Nezuko Kamado, serta 6 watak dari spinoff rasmi siri “Junior High and High School!! Kimetsu Academy Story”, akan sertai Mod Versus. Anda boleh memilih gabungan 2 watak dari jumlah total 18 untuk mengambil bahagian dalam pertempuran!
Kemas Kini Percuma: Demon sertai Versus Mode!

3 kemas kini percuma akan tersedia selepas pelancaran permainan, dan menambahkan para Demon ke Versus Mode sebagai watak yang boleh dimainkan. Kemas kini pertama akan memperkenalkan Rui: Lower Five, dan Akaza: Upper Three, sebagai watak Versus Mode terbaru.
Salah satu wartawan kita, Nyny.A telah menulis ulasan lengkap untuk Demon Slayer -Kimetsu No Yaiba- The Hinokami Chronicles, jadi jika anda tidak beberapa yakin, korang boleh membaca ulasan kami dahulu. Berikut adalah beberapa petikan dari kami:
The Hinokami Chronicles sememangnya adalah adaptasi yang hebat dari anime asli Demon Slayer dan peminat pasti tidak mahu melepaskannya. Tetapi, pihak pemaju harus secepat mungkin menambah lebih banyak watak untuk dimainkan.
Untuk segala liputan kami tentang francais Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post