Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game horror A Quiet Place diumumkan berdasarkan filem oleh Paramount Pictures

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 27, 2021
in Artikel, Berita, Seram
0 0
0
Game horror A Quiet Place diumumkan berdasarkan filem oleh Paramount Pictures
Share on FacebookShare on Twitter

Saber Interactive dan iLLOGIKA, bersama EP1T0ME, telah mengumumkan pembangunan A Quiet Place, sebuah game “single-player, story-driven horror adventure berdasarkan francais filem dengan nama yang sama oleh Paramount Pictures. Ia akan dilancarkan pada 2022.

Berikut adalah gambaran keseluruhan permainan, melalui Saber Interactive:

Permainan video rasmi pertama berlatarkan dunia A Quiet Place yang menakutkan akan menyampaikan kisah dan gameplay asli yang penuh dengan saspens, emosi dan drama menarik yang membuatkan siri ini terkenal.

Permainan ini sedang dibangunkan oleh iLLOGIKA, studio yang berpangkalan di Montreal dengan bakat veteran daripada francais Rainbow Six dan Far Cry , dan diterbitkan oleh Saber Interactive, yang terkenal di sebalik permainan popular World War Z dan Evil Dead: The Game akan datang.

Ketua penerbitan Sabre Interactive, Todd Hollenshead kata: “Kejayaan hebat filem A Quiet Place jelas menunjukkan bahawa penonton inginkan lebih banyak pengembaraan di dunia ini dan iLLOGIKA akan mencipta pengalaman menarik sendiri yang benar-benar sesuai dengan IP kesayangan ini.

Kami berbangga untuk menyatakan bahawa A Quiet Place adalah permainan pertama yang akan kami keluarkan oleh studio luaran daripada label penerbitan Sabre yang semakin berkembang.”

A Quiet Place video game announced for 2022 | Shacknews

Apa yang saya boleh kata adalah A Quiet Place merupakan filem seram yang sesuai untuk diadaptasikan kepada permainan video. Ideanya memang mudah di mana akan ada raksasa yang memburu pemain berdasarkan bunyi jadi mereka yang terselamat di dunia ini perlu diam untuk teruskan bertahan hidup.

Itu yang membuatkannya sesuai dengan genre survival horror di mana stealth adalah elemen utama. Bagi mereka yang suka gameplay seperti Resident Evil, jangan letak harapan tinggi kerana ini tidak mungkin akan menjadi permainan penuh aksi di mana kita membunuh makhluk asing.

A Quiet Place 2 to become first pandemic release to cross 100 million  dollars at the box office | Entertainment News,The Indian Express

Itu sahaja yang diumumkan buat masa ini, tetapi maklumat lanjut tentang game A Quiet Place akan diumumkan kemudian pada tahun 2021. Jika anda ingin tahu lebih lagi, sila lawati laman web mereka di sini.

Untuk segala liputan kami tentang game seram, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A Quiet PlacefilemHorrorSaber Interactive
Previous Post

E-mel Far Cry 6 mengejek pemain kerana kurang bermain!

Next Post

Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!

Figura Ganyu dari Genshin Impact diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd