Valve, pembangun permainan yang sudah lama dalam industri gaming akan memulakan penghantaran peranti platform PC yang dikenali sebagai Steam Deck pada hujung tahun ini. Sebelum mengirim unit-unit ini ke seluruh dunia, Valve baru-baru ini telah video gameplay di akaun media sosial baru yang bertujuan untuk memberi idea yang lebih baik kepada calon pembeli Steam Deck.
![](https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2021/10/Gear-Steam-Deck-Valve-1024x768.jpg)
Di Twitter minggu ini, Valve memulakan akaun baru yang didedikasikan sepenuhnya untuk memberi peminat pandangan yang lebih baik semasa peranti itu beraksi. Dengan bekerjasama dengan sejumlah studio, Valve mula berkongsi rakaman permainan baru yang menunjukkan beberapa tajuk yang dimainkan pada platform handheld tersebut. Beberapa permainan yang ditunjukkan oleh Valve ketika ini termasuk Devil May Cry 5, The Witcher 3: Wild Hunt, dan Psychonauts 2.
Senang cerita, akaun ini nampaknya akan digunakan oleh Valve untuk masa yang lama untuk mempamerkan peranti tersebut. Oleh itu, anda boleh berharap untuk mendapatkan lebih banyak video gameplay untuk Steam Deck pada minggu dan bulan yang akan datang. Jadi, bolehlah korang follow akaun Twitter ini untuk mengikuti berita-berita terkini mengenai peranti ini.
Berikut adalah antara tweet video gameplay permainan yang dimainkan menggunakan Steam Deck:
Witcher 3: Wild Hunt
Devil May Cry 5
Skater XL
Psychonauts 2
Pada awal bulan, Valve telah menunjukkan perkakasan Steam Deck dan memberikan amaran kepada pengguna supaya tidak sewenang-wenangnya modikasi peranti itu. Mereka juga ada menjawab beberapa persoalan mengenai peranti handheld ini. Kami ada membuat tinjauan dalam kalangan gamer di Malaysia dan rata-rata dari mereka ingin memilik Steam Deck untuk bermain game PC. Nampaknya ia boleh menjadi lawan yang hebat untuk peranti handheld yang lain seperti Nintendo Switch. Permainan PC yang mana korang nak main apabila peranti hebat ini dilancarkan? Boleh berikan komen di ruangan bawah! Jika korang ingin mendapatkan liputan lain mengenai peranti ini, anda boleh klik pada pautan ini.
Sumber: comicbook
@gamersantaimy
Discussion about this post