Filem kedua Shazam! Fury of the Gods telah mendedahkan rakaman pertama secara “behind-the-scenes” di acara DC FanDome tahun ini! Anda boleh menonton video di bawah:
Sebagai sekuel kepada filem pertama pada tahun 2019, sekuel ini mula sebenarnya dikembangkan tidak lama selepas itu, di mana kebanyakan pelakon utama dijangka akan kembali dalam peranan masing-masing. Asher Angel akan kembali sebagai Billy Batson, dan Zachary Levi sebagai superhero Shazam, dengan pengarah David F. Sandberg sebagai pengarah. Sebagai tambahan, semua pelakon asal juga akan kembali sebagai ahli keluarga angkat Billy termasuk:
- Jack Dylan Grazer/Adam Brody sebagai Freddy Freeman
- Faithe Herman/Meagan Goode sebagai Darla
- Grace Fulton sebagai Mary
- Ian Chen/Russ Butler sebagai Eugene
- Jovan Armand/D.J. Cotrona sebagai Pedro
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/22932093/shazam_concept_art_2.jpg)
Senarai pelakon baru juga diumumkan dalam filem kedua Shazam! Fury of the Gods, termasuk Helen Mirren sebagai anak perempuan Atlas Hespera, Lucy Liu sebagai anak perempuan Atlas Kalypso dan Rachel Zegler sebagai watak misteri. Proses penggambaran untuk Shazam! Fury of the Gods telah berlangsung pada awal tahun 2021, dengan tarik pelepasan pada Jun 2023. Rakaman “behind-the’scenes” juga mendedahkan kostum baru bagi keluarga Shazam, dan mengesahkan bahawa makhluk mistik minotaur, harpy, dan naga akan menjadi antara musuh yang Shazam perlu hadapi nanti.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_asset/file/22932092/shazam_concept_art.jpg)
Shazam mengisahkan tentang Billy (Asher Angel), seorang kanak berusia 14 tahun, yang diberi kemampuan untuk berubah menjadi pahlawan dewasa Shazam (Zachary Levi). Dengan bantuan abang angkatnya Freddy (Jack Dylan Grazer), Billy dapat menguasai kekuatannya – termasuk penerbangan, kelajuan super dan kilat – untuk mengalahkan Sivana yang jahat (Mark Strong).
Untuk segala liputan kami tentang DC FanDome 2021 (DCFD 2021), sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post