Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Haram untuk menikam item/ gacha menggunakan wang sebenar dalam game!

Maira by Maira
October 14, 2021
in Artikel, Berita, Gatcha, Genre, Tempatan
0 0
0
Haram untuk menikam item/ gacha menggunakan wang sebenar dalam game!
Share on FacebookShare on Twitter

Mufti pada hari ini telah memutuskan hukum haram untuk perkara seperti menikam item atau kata lain gacha dalam permainan video seperti PUBG, Mobile Legends dan permainan lain yang mempunyai sistem yang sama. Berikut adalah apa yang dibalas oleh Mufti mengenai pertanyaan mengenai hukum menikam item dalam permainan:

“Hukum melakukan proses tikaman dengan cara membuka peti-peti (crates) menggunakan duit UC yang dibeli dengan wang ringgit adalah haram kerana mempunyai unsur perjudian yang dilarang dalam agama kerana mempunyai elemen zero-sum game; iaitu bergantung kepada nasib (luck) semata-mata. Di samping itu, menafikan hak pembeli untuk membeli apa yang dihajati.

Walau bagaimanapun, pengharaman dikhususkan sekiranya pemain membeli UC untuk menikam barang-barang tersebut. Adapun, UC digunakan untuk membeli barang secara terus tanpa berlaku proses tikaman, hukumnya adalah harus seperti pembelian melalui duit Silver dan sebagainya.”

Sumber: Mufti Wilayah

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai huraian yang dikeluarkan Mufti di laman web rasmi mereka. Apa yang dihuraikan oleh Mufti sangat baik dan jelas untuk semua orang terutamanya pemain. Mereka telah menyelidik tentang permainan tersebut sebelum mengeluarkan hukum mengenai perkara ini. Dengan menggunakan PUBG sebagai contoh, ia menghuraikan secara ringkas mengenai kedai, pas elite dan mata wang yang tersedia dalam permainan tersebut.

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Jadi, senang cerita, jika anda menggunakan wang sebenar untuk menikam item, senjata atau benda-banda lain yang memerlukan anda bergantung pada nasib hukumnya haram. Tidak kiralah permainan mobile, PC dan konsol, jika ia mempunyai elemen seperti ini, anda mesti elakkan untuk menikam menggunakan wang sebenar.

Tetapi, jika anda membeli item menggunakan wang sebenar tanpa unsur menikam, hukumnya adalah harus. Ini kerana anda telah mengetahui item apa yang anda akan dapat dan ia tidak mempunyai unsur judi atau bergantung kepada nasib. Jadi jangan risau jika anda ingin membeli item-item yang anda sukai dalam permainan.

Pada catatan di halaman Facebook Mufti Wilayah, MasterRamen ada meninggalkan komen mengenai perkara ini dan telah mengutarakannya kepada pihak PUBG. Dia juga berharap agar akan ada perubahan dalam sistem permainan itu selepas ini. Selain itu, seorang lagi streamer terkenal, Chiko turut meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kerana mengingatkannya mengenai perkara tersebut.

Dari kiri: MasterRamen, Chiko

Keputusan yang dilakukan oleh Mufti sangat bagus dan membantu untuk mengurangkan kegiatan ini. Lebih-lebih lagi, banyak permainan yang mempunyai sistem menikam dan ramai yang sanggup berhutang kerana sistem ini. Harap perkongsian kali ini bermakna untuk kita semua. Jika anda ingin membaca liputan lain dari kami, anda boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GachaharamHukummuftiTikam item
Previous Post

Ketahui beberapa Anime yang telah di BAN oleh beberapa negara beserta sebabnya!

Next Post

Nampaknya pelbagai siri Anime termasuk Summer Time Rendering akan ditayangkan di Disney +!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Nampaknya pelbagai siri Anime termasuk Summer Time Rendering akan ditayangkan di Disney +!

Nampaknya pelbagai siri Anime termasuk Summer Time Rendering akan ditayangkan di Disney +!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd