Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netizen Malaysia muncul dengan idea untuk gunakan Xbox Series S bagi tujuan kerja!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 14, 2021
in Artikel, Berita, Tempatan, Xbox Series X|S
0 0
0
Netizen Malaysia muncul dengan idea untuk gunakan Xbox Series S bagi tujuan kerja!
Share on FacebookShare on Twitter

Xbox Series X/S adalah konsol permainan video yang dikembangkan oleh Microsoft dan dilancarkan pada 10 November 2020. Asalnya direka khusus untuk pengalaman gaming next-gen, seorang netizen Malaysia berjaya mengubah konsol Xbox Series S mereka menjadi peranti produktiviti untuk tujuan kerja!

Dikongsikan oleh Ahmad Syahir Suhaimi di group Facebook ‘XBOX MALAYSIA GANG‘, Ahmad memuat naik gambar konsolnya sedang digunakan untuk mesyuarat Google Meet siap lengkap dengan papan kekunci, tetikus, dan webcam sekali. Mungkin ada yang tertanya? Bagaimana konsol gaming boleh jadi PC?

Berkat sistem baru Microsoft Edge yang dikuasakan oleh Chromium, ia menghilangkan semua masalah keserasian di versi dahulu. Hasilnya, kami mendapat pengalaman produktiviti yang lebih lancar serta beberapa peningkatan lain. Versi lama Microsoft Edge untuk Xbox sangat lambat, tidak mempunyai sokongan tetikus dan papan kekunci yang menyeluruh, dan tidak memuatkan laman web tertentu, kerana browser sendiri tidak mempunyai akses ke ciri-ciri khusus dan perkara sebagainya.

Boleh. Sambung saja keyboard, mouse. Wired pun tidak mengapa. Sambung webcam biasa pun boleh, akan detect. Memang macam PC. Buka guna browser Microsoft Edge tapi terbatas, ada fungsi yang tidak boleh dilakukan.

Kata Ahmad selepas ditanya oleh komuniti dalam ruang komen.

Saya akan beri contoh yang mudah untuk salah satu urusan kerja yang kita boleh buat di Series X/S:

  1. Pasangkan papan kekunci berwayar ke Xbox Series X atau Xbox Series S anda melalui salah satu port USB di bahagian depan atau belakang.
  2. Tekan butang Xbox di controller dan pergi ke “My games & apps” di menu sebelah.
  3. Klik “See all”, lalu tatal bawah ke “Apps” dan anda akan melihat ikon Microsoft Edge. Buka aplikasi ini.
  4. Taip laman yang anda ingin pergi di bar URL (contoh: classroom.google.com) dan log masuk seperti yang anda lakukan di PC menggunakan akaun.
  5. Anda boleh menggunakan controller Xbox untuk menggerakkan kursor atau tetikus USB yang dipasang ke salah satu port.
New Microsoft Edge hits Xbox One, Series X/S with latest Insider update |  Windows Central

Seperti Ahmad kata, jangan lah kita harapkan fungsi di Xbox Series semuanya sempurna seperti di PC. Pasti ada beberapa masalah seperti tiada aplikasi fail, tidak boleh share screen, dan sebagainya. Hanya fungsi-fungsi asas sahaja yang tersedia, tetapi bagi saya itu pun sudah cukup memadai kerana Xbox Series dibuat khusus untuk gaming.

Saya sendiri terkejut melihat potensi Xbox Series S sebagai PC produktiviti dan ini memang adalah satu kelebihan yang tidak ada untuk PS5. Andai kata PC atau laptop kita rosak dan kita perlu cepat-cepat menghadiri mesyuarat, sekurang-kurangnya konsol Xbox Series X/S boleh menjadi pengganti sementara untuk urusan kerja seperti yang dibuktikan oleh netizen Malaysia di atas.

Microsoft expects Xbox Series X/S supply shortages to continue until April  2021 | VGC

Apa pendapat anda? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Xbox Series, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KonsolMalaysiaproduktivitixboxXbox Series SXbox Series X
Previous Post

Figura Levi Ackerman Attack on Titan nampaknya viral sebab tidak menyerupai yang asal!

Next Post

Genshin Impact lagi sekali diserang peminat kerana cabaran Ella Musk!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact lagi sekali diserang peminat kerana cabaran Ella Musk!

Genshin Impact lagi sekali diserang peminat kerana cabaran Ella Musk!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd