Banyak negara kini menggunakan kad untuk menaiki pengangkutan awam, membayar barangan yang dibeli dan banyak lagi. Lagi-lagi pandemik yang melanda seluruh dunia yang membuatkan ramai orang lebih suka untuk menggunakan bayaran tanpa sentuhan. Di Malaysia, kita mempunyai kad Touch n Go yang berfungsi untuk membayar tol, parking dan juga menaiki kemudahan rapid yang tersedia. Lain pula dengan negara Taiwan, mereka menggunakan perkhidmatan EasyCard untuk menaiki pengangkutan awam. Tahun lalu, mereka telah mengeluarkan versi EasyCard dengan reka bentuk controller Dualshock 4!
Jadi untuk sesi unboxing kali ini, kami ingin memperkenalkan anda kepada EasyCard controller yang menarik ini! Tanpa melengahkan masa, mari kita lihat Easycard ini.

Dualshock 4 EasyCard ini datang dengan bungkusan plastik biasa sahaja tetapi mempunyai reka bentuk hampir sama dengan kotak Dualshock 4. Dalam bungkusan plastik itu, anda akan mendapat satu Dualshock EasyCard dan kepingan kad yang mempunyai maklumat mengenai EasyCard itu. Untuk pengetahuan anda, Dualshock ini akan mengeluarkan cahaya di panel jika transaksi yang dilakukan berjaya. Ia memang hampir sama dengan panel controller sebenar.
Jika dilihat dengan teliti, EasyCard membuat kerja yang sangat baik kerana rupa bentuknya memang sama dengan Dualshock 4 dari butang sehingga touchpad controller. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menekan beberapa butang tersebut. Jadi kalau bosan, bolehlah tekan-tekan butang tersebut semasa dalam bas atau kereta api. Ia juga mempunyai gelung keychain supaya mudah digunakan dan dibawa kemana-mana oleh pemilik EasyCard ini. Malah boleh menjadi aksesori menarik untuk para gamer.
Saiznya juga sememangnya kecil. Anda boleh lihat betapa comelnya controller EasyCard ini jika dibandingkan dengan Dualshock 4 yang sebenar.
Itu sahaja yang dapat kami kongsikan dalam sesi unboxing kali ini. Memang menarik kan Dualshock 4 Easycard ni. Tetapi ia hanya boleh digunakan di Taiwan sebab kita tidak menggunakan khidmat Easycard. Kalau Touch n Go juga keluarkan produk seperti ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang membelinya. Silap hari bulan nanti siap ada scalper pula lepas ni. Jika korang suka unboxing dari kami, anda boleh klik pautan ini untuk melihat kandungan unboxing yang lain.
@gamersantaimy
Discussion about this post