Sejak tamat pada beberapa tahun lepas, siri anime/manga popular Bleach telah lama mendiamkan diri , tetapi itu semua akan berubah pada hujung tahun 2021. Setelah disahkan anime akan membuat comeback, Tite Kubo telah melancarkan bab one-shot eksklusif pada bulan Ogos lalu yang menceritakan kehidupan Kurosaki Ichigo selepas mengalahkan Yhwach. Tetapi menurut khabar angin terbaru, Bleach nampaknya bersedia untuk membuat pengumuman penting selepas terbocor sedang mempersiapkan laman web rahsia yang dibuat khusus bagi anime.

Maklumat itu datang dari media sosial setelah pengguna Twitter@king_jin_woo melakukan sedikit kaji selidik. Dia mendapati bahawa domain untuk laman web baru itu telah didaftarkan di Jepun untuk siri Bleach, dan dikenali sebagai ‘bleach0-anime’. Malangnya, maklumat penting tentang pendaftar dirahsiakan.
Seperti yang anda lihat di atas, domain tersebut dibuat pada 8 Oktober di Jepun, dan berdurasi selama sepuluh tahun. Walaupun info tentang pendaftar dirahsiakan, beberapa alamat telah diberikan di mana netizen mengatakan alamat yang tertera sering digunakan untuk domain anime dari masa lalu. Buat masa ini, itu sahaja yang diketahui.
Sudah tentu, ramai peminat Bleach akan teruja memandangkan berita untuk anime finale Bleach akan diumumkan tidak lama lagi. Kita hanya boleh harapkan info tersebut akan datang dalam masa terdekat. Selain itu, sebuah pameran expo Bleach akan diadakan di Jepun bermula 18 Disember, jadi memang bukan kebetulan domain itu disediakan.
Di samping itu, bab one-shot Bleach oleh pencipta, Tite Kubo, sepatutnya menjadi epilog kepada manga asli yang berakhir pada lima tahun yang lalu. Namun selepas membaca bab sehingga habis, ramai peminat terkejut untuk tahu bahawa bab one-shot Bleach mungkin akan menyediakan story arc baru untuk Ichigo dan rakan-rakan.
Adakah anda pun salah seorang peminat yang tidak sabar untuk kepulangan Bleach? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post