Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game FIFA mungkin bertukar nama ke EA Sports FC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 12, 2021
in Artikel, Berita, Sukan/lumba
0 0
0
Game FIFA mungkin bertukar nama ke EA Sports FC
Share on FacebookShare on Twitter

Permohonan cap dagangan baru di UK dan Eropah menjadi khabar angin terbaru dan memberi andaian bahawa francais game FIFA akan dijenamakan semula tahun depan, di mana namanya akan ditukar kepada EA Sports FC.

EA Sports melancarkan FIFA 22 pada awal bulan Oktober dan seperti biasa, ia meraih sambutan yang positif oleh majoriti pemain dari seluruh dunia. Ia sangat popular sehingga hampir setengah bilion perlawanan telah diadakan dalam minggu pertama pelancaran. Selain itu, salah satu berita menarik yang muncul baru-baru ini adalah siri permainan FIFA mungkin akan menukar nama pada masa depan. Berita ini datang dalam sebuah posting yang menunjukkan pencapaian FIFA 22 pada minggu pertama.

Wakil EA Sports, Cam Weber, mendedahkan bahawa EA sedang menyelidik “idea” untuk menukar hak penamaan siri mereka. Bagi mereka yang tidak tahu, FIFA adalah salah satu siri permainan bola sepak terkenal sejak entri pertama dilancarkan pada tahun 1994. Memang susah untuk membayangkan nama lain sekiranya EA benar-benar memilih untuk teruskan dengan proses perubahan nama. Walau bagaimanapun, permohonan cap dagangan yang tertular baru-baru ini menunjukkan salah satu idea bagi nama yang sedang diterokai oleh EA.

Aplikasi cap dagangan perisian di UK dan Eropah menyatakan bahawa siri game FIFA mungkin dinamakan semula sebagai EA Sports FC pada masa akan datang. Permohonan ini dibuat pada 1 Oktober dan 4 Oktober, jadi ini boleh jadi petanda yang EA akan memutuskan hubungan rapat mereka dengan FIFA. Suatu perkara penting untuk anda semua tahu adalah walaupun EA Sports tidak lagi bekerjasama dengan FIFA, mereka mempunyai beratus-ratus perjanjian pelesenan berasingan untuk kelab bola sepak dan kejohanan rasmi dalam permainannya.

Saya harus mengaku, ini adalah langkah yang agak berani dari EA memandangkan francais game FIFA pun sangat terkenal dan berusia hampir 30 tahun. Bukan mudah untuk memberi imej baru bagi sesuatu yang ramai anggap sebagai ikonik. Walau apapun yang berlaku, ada kemungkinan kita akan bermain “EA Sports FC 23” bermula tahun depan.

Pra-pesan di sini
FIFA 22
Publisher: Electronic Arts (EA)
Developer: Electronic Arts
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Electronic Arts mengumumkan FIFA 22 bakal tiba ke PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan Origin pada 1 Oktober ini! Menurut EA, FIFA 22 akan dikuasakan oleh teknologi HyperMotion yang menggabungkan Advanced 11-versi 11 Match Capture dan teknologi pembelajaran mesin eksklusif.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: bola sepakeaea sportsEA Sports FCfifa
Previous Post

Senarai anime yang boleh ditonton jika anda sukakan Squid Game!

Next Post

Unboxing ROG Zephyrus G14 Alan Walker – Serlahkan bakat DJ anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Unboxing ROG Zephyrus G14 Alan Walker – Serlahkan bakat DJ anda!

Unboxing ROG Zephyrus G14 Alan Walker - Serlahkan bakat DJ anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd