Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2021] Megaton Musashi dedahkan sistem pertempuran dan penyesuaian mecha!

Maira by Maira
October 1, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, PS4
0 0
0
[TGS 2021] Megaton Musashi dedahkan sistem pertempuran dan penyesuaian mecha!
Share on FacebookShare on Twitter

Siaran langsung Level-5 semasa TGS 2021, mendedahkan maklumat mengenai Megaton Musashi. Permulaan livestream itu memberi maklumat mendalam mengenai siri anime permainan ini. Pelakon suara watak dalam anime Megaton Musashi menceritakan mengenai watak-watak yang dibawa mereka. Anime Megaton Musashi akan disiarkan bermula 1 Oktober 2021 di laman rasmi Youtube. Anda boleh membaca lebih mengenai anime ini melalui pautan ini.

Megaton Musashi telah diumumkan tahun lepas semasa TGS 2020 dan akan dilancarkan 11 November ini di Jepun. Ia akan tersedia di platform PS4 dan Nintendo Switch. Ia merupakan projek kolaborasi Level-5 bersama Shonen Jump untuk menghasilkan sebuah permainan video mecha. Ia merupakan permainan mecha koperasi di mana anda mengawal robot gergasi dan bekerjasama dalam pertempuran dalam talian untuk melawan makhluk asing daripada angkasa lepas. Gunakan robot gergasi ini yang dihasilkan oleh teknologi manusia, untuk bekerjasama dengan sekutu dan mengalahkan makhluk asing yang menyerang.

Latar Belakang Megaton Musashi

Pada tahun 2118, makhluk asing yang dikenali sebagai Doractors menyerang Bumi, dan berjaya tawan planet ini dalam beberapa hari. Bumi dibiarkan dalam bentuk donat yang tidak lengkap, dan sebagai sarang bagi penghuni barunya. Manusia melarikan diri ke Shelter, sebuah fasiliti yang memiliki kemampuan pertahanan yang sangat tinggi, dan merancang serangan mereka untuk mengambil kembali planet ini. Ini ialah harapan terakhir umat manusia. Kekuatan untuk mengalahkan makhluk asing. Harapan mereka terletak pada ‘Musashi’, sebuah robot gergasi bertaraf ‘Megaton’.

Sistem Battle

Sistem pertempuran Megaton Musashi memerlukan pemain untuk gunakan abiliti unik setiap robot untuk menyerang, mempertahan, menyembuh, dan mengatur strategi untuk mengalahkan musuh. Seperti robot musashi yang mampu menggunakan dua pedang. Anda juga boleh bermain co-op bersama-sama rakan dan rancang strategi untuk mengalahkan musuh yang lebih susah. Akan ada cutscene yang terpapar apabila pemain menggunakan Ultimate finisher mecha!

RelatedPosts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

Sistem penyesuaian mecha

Anda boleh membuat penyesuain mendalam seperti senjata, perisai dan juga permukaan mecha! Anda boleh menunjukkan robot anda dengan kilauan hebat atau matte. Mecha juga boleh disuaikan dengan decal yang tersedia dalam permainan.

Itu sahaja yang maklumat yang kita dapat mengenai Megaton Musashi. Anda boleh melihat keseluruhan livestream Level-5 di sini. Permainan ini mengingatkan saya pada LBX yang dicampur dengan Gundam Breaker. Itu yang membuatkan permainan ini menarik. Tetapi sayangnya permainan ini hanya dilancarkan di Jepun sahaja. Kita boleh berharap untuk versi Inggeris supaya dapat merasa pengalaman permainan mecha hebat ini. Untuk mengikuti liputan lanjut TGS dari kami, sila klik pautan ini.

Tags: level-5Megaton MusashiTGS2021
Previous Post

[TGS 2021] Demo baru Stranger Of Paradise: Final Fantasy Origin tersedia sekarang, akan keluar Mac 2022!

Next Post

[ TGS 2021 ] Tencent Games telah mendedahkan maklumat baru untuk Alchemy Stars, Code: D-Blood, Seint Seiya & Manasis Refrain!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
[TGS 2021] Waifu kawai kembali! Atelier Sophie 2: The Alchemist of the Mysterious Dream dijadualkan tiba tahun depan di konsol dan PC!

[ TGS 2021 ] Tencent Games telah mendedahkan maklumat baru untuk Alchemy Stars, Code: D-Blood, Seint Seiya & Manasis Refrain!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd