Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS 2021] Yu-Gi-Oh Master Duel menampilkan gameplay pertama, akan keluar Winter 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2021
in Acara, Android, Artikel, Berita, iOS, Kad Strategi, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS 2021] Yu-Gi-Oh Master Duel menampilkan gameplay pertama, akan keluar Winter 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Di acara Tokyo Game Show 2021 hari, game terbaru Yu-Gi-Oh Master Duel telah dipamerkan semasa segmen Konami dan merangkumi berita tentang gameplay dan tarikh pelepasan. Walaupun tidak terlalu spesifik, Yu-Gi-Oh Master Duel disahkan akan keluar pada “winter” atau musim sejuk 2021 untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One. Xbox Series X|S, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Bagi peminat yang tidak sabar untuk cuba, korang tidak perlulah menunggu terlalu lama.

Pada awalnya, ramai yang menyangka game ini bergenre “competitive card battler”. Rupanya kita salah kerana Konami baru sahaja mengumumkan mod Single Player untuk game ini. Siaran langsung sebentar tadi telah memberikan pandangan pertama pada gameplay (dirakam dari PC), yang bermula dengan sesi “Solo Mode atau Story Mode”. Naratif terdiri daripada pelbagai jalan cerita dan sebenarnya berdasarkan kad yang kita mainkan. Kita sebagai pemain akan menerokai latar belakang bagi beberapa kad yang menerangkan kisah silamnya. Selepas menyelesaikan level tertentu, kita akan memperolehi mata wang berbentuk “gem” (permata) yang boleh digunakan untuk membeli pek dan aksesori dari kedai.

Melalui video yang saya letak di bawah, korang boleh melihat dengan mata sendiri gameplay Yu-Gi-Oh Master Duel:

https://www.youtube.com/watch?v=OcCS707bBdE&t=3005s

Seterusnya, kita juga dapat melihat visual umum untuk Master Duel yang menawarkan aksi animasi “bombastik”. Berbeza daripada entri sebelum, setiap perkara atau aksi yang kita buat akan mempunyai adegan animasi supaya pemain mempunyai pengalaman yang lebih imersif. Menurut Konami, Master Duel juga akan mempunyai lebih dari 10,000 kad untuk kita miliki. Sayangnya, masih banyak yang belum kita tahu seperti aspek mikrotransaksi dan sebagainya.

Buat masa ini, itu sahaja yang saya tahu tentang Yu-Gi-Oh Master Duel. Untuk segala liputan kami tentang TGS 2021, sila tekan pautan ini.

Sumber – Konami

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KadkonamiTGS 2021Yu-Gi-OhYu-Gi-Oh Master Duel
Previous Post

Trailer terbaru Gungrave G.O.R.E. dipanjangkan dengan Gameplay dan menambah Ikumi Nakamura untuk Merancang Pasukan

Next Post

[TGS 2021] Gameplay terbaru Danganronpa S: Ultimate Summer Camp didedahkan bersama info dalam permainan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[TGS  2021] Gameplay terbaru Danganronpa S: Ultimate Summer Camp didedahkan bersama info dalam permainan!

[TGS 2021] Gameplay terbaru Danganronpa S: Ultimate Summer Camp didedahkan bersama info dalam permainan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd