Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia melancarkan barisan 4K UHD Gaming Monitor baru beserta bundle keyboard/mouse!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 30, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia melancarkan barisan 4K UHD Gaming Monitor baru beserta bundle keyboard/mouse!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini melancarkan monitor gaming Predator XB323QK NV dan Nitro XV282K KV yang didatangkan dengan persijilan TÜV Rheinland Eyesafe® dan Acer VisionCare bagi melindungi mata pengguna supaya boleh menonton lebih banyak kandungan dan menikmati hiburan. Pada acara sama, Acer turut memperkenalkan tiga komputer riba permainan dilengkapi pemproses Generasi Ke-11 Intel Core dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX30 series serta Predator Tribe dan barangan edisi terhad di Malaysia.

Kiri: Nitro XV282K KV / Kanan: Predator XB323QK NV

Direka untuk pemain yang mahukan teknologi paling canggih, kedua-dua monitor gaming Predator XB323QK NV dan Nitro XV282K KV dilengkapi port terbaharu HDMI 2.1 yang membolehkan penyampaian visual di dalam 4K UHD 3840 x 2160 resolusi pada 144 Hz kadar segar semula bagi meningkatkan lagi pengalaman gaming. Selain itu, PD65W USB Type-C port membolehkan paparan, pemindahan data dan pengecasan semuanya pada waktu sama menerusi kabel tunggal. Kedua-dua monitor boleh juga bertugas sebagai suis KVM (Keyboard, Visual, Mouse), membolehkan perubahan mudah antara komputer meja dan riba tanpa perlu berpindah ke satu lagi set papan kekunci, tetikus dan monitor.

Antara monitor yang pertama di dunia dipersijilkan TÜV Rheinland Eyesafe, kedua-dua monitor permainan Predator XB323QK NV dan Nitro XV282K KV direka untuk mengeluarkan cahaya biru output rendah berbanding LCD yang standard industri. Dengan Acer VisionCare 3.0, monitor gaming Acer Nitro XV282K KV didatangkan dengan LightSense, ColorSense dan ProxiSense bagi menyukat cahaya alam sekitar dan sekeliling secara automatik yang boleh mengubah kecerahan dan suhu warna monitor sewajarnya. Predator XB323QK NV memaparkan ciri-ciri Acer VisionCare 4.0 yang lebih maju. AdaptiveLight membantu mengurangkan lagi keletihan mata dan melindungi mata pemain semasa sesi permainan yang panjang.

Predator XB323QK NV – 31.5 Inci 4K Resolusi dengan 90% DCI-P3

Predator XB323QK NV yang baharu adalah monitor gaming IPS sebesar 31.5 inci UHD (3840 x 2160) direka untuk gamer yang mahukan teknologi paling canggih. Dilengkapi dengan Adaptive Sync yang serasi dengan NVIDIA G-SYNC, kadar segar semula 144 Hz pada panel Agile-Splendor IPS membolehkan pemain menikmati permainan lancar dengan pilihan warna yang cergas ditawarkan oleh DCI-P3 90% Wide Color Gamut monitor tersebut. Dengan ketepatan warna Delta E<1, Predator XB323QK NV juga memiliki persijilan VESA DisplayHDR™ 400 untuk memenuhi permintaan gamer.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Dilengkapi dengan ErgoStand inovatif, Predator XB323QK NV membolehkan pengguna mengubah kedudukan ketinggian, memusing, tinggi, memutar dan menyenget monitor bagi mendapatkan sudut pandangan yang sempurna. Dijual pada harga runcit RM4,299, tempahan awal Predator XB323K NV bermula sekarang di kedai bertauliah Predator, kedai dalam talian bertauliah Acer di Shopee & Lazada dan estor Acer Malaysia. Pelanggan yang membeli sebelum 6 Oktober 2021 akan menerima peranti persisian percuma bernilai hampir RM800 yang termasuk Predator Galea 311 headset, papan kekunci Predator Aethon 300 dan tetikus Predator Cestus 310.

Acer Nitro XV282K KV – Monitor 4K UHD dengan Sokongan bagi Konsol Terbaharu

Edisi Xbox monitor gaming Nitro XV282K KV didatangkan dengan cangkuk pengurusan kabel hijau istimewa. Sebahagian daripada program “Design For Xbox”, Acer Nitro XV282K KV mempunyai panel 4K UHD IPS yang menyokong teknologi AMD FreeSync Premium, kadar segar semula 144 Hz dan waktu respon 1 ms untuk prestasi yang laju.

Meliputi 90% gamut warna luas DCI-P3 bagi perwakilan warna yang jitu, Acer Nitro XV282K KV turut menampilkan teknologi baharu Acer, Agile-Splendor IPS bagi memberikan imej jelas, walaupun pada sudut pandangan luas. Monitor siri Acer Nitro XV2 baharu memaparkan VESA DisplayHDR™ 400 dan IPS fast liquid crystal bagi meningkatkan kualiti imej.

Boleh didapati sekarang di kedai bertauliah Predator, kedai dalam talian bertauliah Acer di Shopee & Lazada dan estore Acer Malaysia, monitor permainan Acer Nitro XV282K KV adalah berharga RM3,299. Sebarang pembelian sebelum 6 Oktober 2021 adalah layak menerima papan kekunci Predator Aethon 300 dan tetikus Predator Cestus 310 di mana kesemuanya bernilai RM589.


Untuk maklumat lanjut tentang produk Acer Predator, sila layari Facebook Predator Malaysia @PredatorGamingMY. Jika anda berminat untuk tahu senarai produk terkini Acer di Malaysia, termasuk barisan laptop, monitor gaming, dan aksesori lain, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiamonitormonitor gamingNitro XV282K KVPredator XB323QK NV
Previous Post

Acer memperkenalkan barisan terbaru Predator di Malaysia!

Next Post

Petua cara bermain Pokémon UNITE dan Strategi Terbaik untuk pemain baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Petua cara bermain Pokémon UNITE dan Strategi Terbaik untuk pemain baru!

Petua cara bermain Pokémon UNITE dan Strategi Terbaik untuk pemain baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd